nuffnang ads

Ahad, 19 Jun 2011

Satu Perjalanan Jun 1993 ***



Petang sabtu hujan turun mencurah curah..aku merenung ke luar tingkap sejauh mata memandang.Begitu indah alam ciptaan Allah s.a.w.Irama titisan hujan jatuh kebumi sungguh mengasyikkan ..bunyian alam semulajadi yang tidak pernah berubah sejak dulu lagi.Sesekali tiupan angin membuatkan pepohon menari seakan mengikut rentak bunyian hujan.Tumbuh tumbuhan seakan bersyukur tanda gembira bila hujan membasahi bumi.Rezeki alam.Kita dan alam saling memerlukan antara satu sama lain.Jangan sesekali kita mengkianati alam.Aaaaah...Suasana dingin dan tenang sekali...
Esok 13 jun hari perkawinan nora.Jika tiada aral melintang aku akan menghadirkan diri untuk meraikan majlis perkawinannya di kg melayu lima kedai.
Aku sampai sebelum majlis bersanding.Lepas makan aku berbual dengan teman teman yang lain.Hati berdetik mahu melihatnya untuk ke sekian kalinya.....dengan ditemani oleh  seorang rakan aku menuju ke tepi  tingkap... bilik pengantin.Di celah celah kepingan cermin tingkap.... aku melihat nora telah bersiap dengan baju pengantin warna merah dan sedang di solek oleh mak andam.Wah!! begitu anggun sekali..persis seorang puteri...seakan perasan kehadiran aku... dia menoleh ke tingkap dengan satu renungan yang bercahaya..merenung tepat ke arah aku ...tanpa kata kata...emosinya sedikit terganggu ...aku seakan tewas dengan renungannya ......  dengan sedikit seyuman aku hanya  ucapkan selamat pengantin baru.....aku berpaling ...tanpa menoleh kebelakang ....aku terus belalu pergi.......motorsikal meluncur laju.... membawa aku......ke destinasi..yang biasa kita tujui...menyusuri jalan jalan yg pernah kita lalui ......aku mengimbau kenangan lalu .....Ini adalah hari terakhir kita berjumpa ...............dan aku akan terus menjalani kehidupan seperti biasa seperti insan insan yang lain mengejar impian di dunia yang sementara ni.
Tak trajik pun...

Sabtu, 18 Jun 2011

Satu Perjalanan Januari- Mei 1993

Tahun 1992 telah sampai ke pelabuhan dan tahun 1993 baru bermulanya satu pelayaran membawa aku yang aku sendiri tak pasti kemana pelayaran ini akan berakhir dengan selamat atau karam di lautan bergelora.Segalanya ketentuan oleh yang maha esa.Kita manusia hanya mampu merancang,berusaha ,berdoa dan tawakal tapi segalanya hanya allah yamg menentukan.
Detik detik terakhir tahun 1992 aku menghabiskan masa di meja snoker bersama kawan kawan happy bergembira menyambut tahun baru.Bila di fikirkan kembali tidak sepatutnya aku menghabiskan masa di tempat begitu.Seperti janji dan azam aku yang lepas aku perlu berusaha mengimbangai hal dunia dan hal akhirat.Kita manusia perlu berubah mengikut putaran usia dan aku perlu berubah sedikit demi sedikit.
Bulan mac aku dapat tawaran berkerja di sebuah syarikat penghantaran dan perkapalan .Atas rekemen dari abang man, aku berjaya dalam temuduga.Aku ditempatkan di Pasir Gudang.Pejabat terletak di Kilang Funai elec.Pengalaman aku cuma di bahagian store dan sedikit dalam admind.Dalam urusan kastam,shipping,transport dan hal hal pelabuhan serta yg berkaitan memang tiada pengalaman dan pengatahuan.Zero.Kerja dalam bidang ini buatkan kepala pening dan tension.Bayangkan hari pertama kerja aku kena balik pukul 2 pagi.Semak kepala den.Memang menguji kesabaran..tambahan staf lama tak berapa mesra nak mengajar.Kesilapan ada satu pengalaman yang membuatkan kita menjadi lebih pandai dan bijak..tapi kalau sentiasa buat silap itu tandanya kita be..ngong.
Saat berhenti ditempat lama di kilang kwp..memang sedih nak meninggalkan kawan kawan yg telah dianggap seperti saudara sendiri.Demi masa depan aku terpaksa tinggalkan kalian.Mereka buatkan aku jamuan perpisahan.Banyak kenangan aku disini dan wajah wajah yang masih tersimpan di peti memori.
Aku sudah tukar motor ,jenis honda raider,no plat JBG608.Sport rim..nampak bergaya.Setiap hari berulang dari kangka teberau ke Pasir Gudang.Gaji lebih sedikit dari tempat lama.Setiap hari balik lambat.Terlalu banyak tekanan kerja.Hampir hampir nak berhenti kerja..aku kuatkan semangat untuk terus bekerja.Gaji pertama aku beli sebuah jam tangan jenis orient dan sebentuk cincin suasa sebagai kenangan gaji pertama.(sampai sekarang ada lagi).Selain dari pakaian barang peribadi yang aku minat adalah jam tangan,cincin dan kaca mata hitam.Kerja ditempat baru ini aku ramai kawan rasanya beratus orang dari staf  kilang ,kastam ,johorport,shipping agency,fowarding agency,transport,haulage dan yang lain yang berkaitan semua aku kenal.Kadang kadang kenal rupa tapi tak ingat nama dan kenal suara tapi tak pernah jumpa.
Dalam masa dua bulan aku mula dapat menyesuaikan diri ditempat baru dan aku mula menyukai bidang baru ini.

Jumaat, 17 Jun 2011

Satu Perjalanan October -Disember 1992

Yes..yes hoorey hari ini  15 oct aku lulus dalam ujian memandu kereta.Ujian kali pertama aku gagal dan ujian kedua aku lulus.Nampaknya segala plan tahun ini telah dapat di sempurnakan dengan baik.Sekarang aku sudah ada lesen kereta dan motor cum a kereta sahaja belum di beli.Mukin dalam masa 2 tahun lagi.
Depavali tak lama lagi. Pantang ada cuti umum aku pasti akan balik kampung.Balik kampung adalah satu perkara yang paling aku suka.Di Kampung abah dah buka kedai runcit.Pada mula kedai nampak ok tapi kali ini aku tengok barang barang makin berkurangan.Aku tak pasti sebab apa terjadi begitu.Mukin modal tak cukup nak tambah barang.
Bulan november aku kena deman panas.Pergi klinik,dapat mc.Satu perkara yang aku tak suka bila demam.kena memerap di rumah.Kawan kawan semua pergi kerja...otak jadi buntu bila tinggal seorang diri.
Tempoh hari adik aku halim ada datang  dia nak beli motor..jadi aku bantu dia serba sedikit untuk cukupkan duit muka.Beli motor suzuki panter 150cc.Dimasa yang sama juga kawan aku sekampung iaitu Zali datang nak pinjam duit katanya emaknya sakit jadi aku bagi apa yag patut.Tak sampai hati aku nak mengecewakannya.Memang sikap aku suka nak bantu orang dalam kesusahan tapi ikut kemampuan akulah.
Cuma aku takut kalau aku dalam kesusahan tidak ada orang nak tolong.Aku sentiasa berdoa supaya hidup aku tak banyak ringtangan dan cabaran.
Sesekali aku memahirkan diri bawa kereta dan van syarikat.Itu pun bila kerja hari minggu sebab bos tak ada.Setakat ni aku masih tak mahir lagi bawa kereta terutama bila di jalan raya banyak kereta atau jalan tengah jem..takut engine mati.
Dirumah member aku bernama kamal dah warak..mukin dah dapat hidayah..alhamdulillah..tapi aku tengok kadang kadang terlalu fanatik.Aku masih lagi begini kadang kadang lima waktu pun tak cukup.Ada masanya aku sedih dengan diri sendiri yang adakala tidak sujud kepada yag maha esa.Sembahyang adalah tiang agama.Kesedaran sudah ada dan aku akan cuba mengimbangi hal dunia dan akhirat.Insyaallah.....

Rabu, 15 Jun 2011

Satu Perjalanan Julai-Sept. 1992

Hari ini bekerja terasa penat.Kilang dalam proses pemindahan.Banyak barang barang yg perlu di pindah.Tempat baru kilangnya besar sedikit.storenya besar..mudah untuk bekerja.Selepas makan aku relex tengok tv.Kawan serumah dengan hal masing masing.Aku masuk ke bilik capai dairi dan mula menulis apa yg diingati...
Sudah 35 tahun negara kita merdeka.Banyak kemajuan telah dicapai.Ekonomi semakin meningkat.Pekerjaan semakin banyak dan peluang semakin banyak.Tapi aku..pencapaian cuma sedikit saja...tapi aku tetap bersyukur dengan rezaki yang ada.Aku merancang untuk mengambil lesen kereta.
Sempena hari cuti kemerdekaan aku duduk dirumah tengok tv, belum ada perancangan dengan kawan kawan untuk berjalan jalan.Lagi sembilan hari aku akan menyambut hari lahir yang ke 23 tahun.Pejam celik hampir 5 tahun aku tinggal di JB.Terlalu pantas masa berjalan.Sempena hari lahir aku bercadang nak balik kampung.Rindu pada emak dan abah.Bila dapat berjumpa  jiwa terasa tenang.Aku cuti tiga hari.Hari jadi kali ini jatuh bersama hari maulud nabi.Aku cuma beli satay untuk dimakan bersama keluarga.
Dirumah kampung ada lagi seorang budak baru bekerja di plaza tol.Mukanya macam pernah aku lihat sebelum ini...ingat ingat lupa.Setelah disiasat ..rupanya satu sekolah menengah cuma aku tua setahun.
Berita sedih bila aku kembali semula ke JB kawan aku Jep kemalangan di tempat kerja ...4 jari putus kena mesin stamping.Aku melawatnya di hospital tun aminah.Sedih juga aku lihatnya.
Semasa di rumah sewa aku lihat ada sepucuk surat berbentuk kad tertera nama aku....apabila di buka..kad ucapan hari lahir dari nora.....Menusuk jiwa... dia masih mengingati lagi hari lahir aku....fikiran melayang mengimbau kenangan lalu.Hati berdetik terasa ingin berjumpa dengannya......aku cuba hubunginya melalui seorang rakan..... tapi hampa.... impian tak kesampaian...... dia sudah bertunang dengan seorang lelaki yang aku tidak kenali.Aku rasa ...ini adalah atas pilihan keluarganya....ohhh tidak!!!.........haaaaa!!!...... melopong kau jang ..dah diambil orang..Ompuk orang jangan di usik lagi.Waawahaa.....!!!!!!! apo nak di kato...molopeh....waa!!waa!!!.........................

Satu Perjalanan Mac-Jun 1992

Aku baru sembuh dari deman panas dan mulut kena ulser.Aku alergik ubat anti-biotik jenis vacktim akibatnya muka bengkak dan bibir pecah.Terlalu sukar untuk makan.Berat badan berkurangan.Hidup bujang ni sakit pening kena tanggung sendiri.Kawan serumah yang menjadi tempat mengadu.
Ramadan bakal menjelma..aku berharap  akan dapat cukup berpuasa selama sebulan.Minggu lepas tahun baru cina aku balik kampung.Satu bilik rumah di kampung abah dan emak telah sewakan dengan budak budak perempuan yang bekerja di plaza tol.Masa berbual dengan emak dan abah serta adik beradik yang lain terselit bual bicara bertanya..aku ni dah ada pasangan hidup atau belum.Aku jawab belum ada.Aku faham mereka cuba nak kenenkan aku dengan salah seorang budak plaza tol tu seperti biasalah jawaban standart aku belum bersedia.Dalam hal yang melibat peribadi aku terlalu berahsia dengan emak,abah dan adik beradik.
Pada hari raya tahun ni aku cuti seminggu dapat bonus sebulan gaji.Tahun ini aku rasa hari raya kurang meriah.Munkin aku dah dewasa.Puasa aku ponteng satu hari.Nak beraya dirumah saudara mara pun aku malas.Budak yang kerja kat plaza tol tu ada yang bercuti dan ada yang bekerja.Kadang kadang ada juga aku berbual dengan salah seorang dari mereka.Kakak kakak aku semua tengok pasang telinga nak korek rahsia dan kemudian beri komen sesuailah dan tak sesuailah.
Pada bulan jun aku beli sebuah TV warna 14 inch jenama panasonic.Beli hutang di court mamount.Rumah di kampung telah masuk talian talipon.Senang sikit nak berhubung dengan emak.Bulan ini juga kakak sulung aku iaitu kak siah telah berpindah ke Jb.Jadi ramailah adik beradik aku di JB iaitu Kak som.kak siak,abg man dan adik aku halim.Semua duduk berasingan.
Kilang KWP tempat aku bekerja  nak berpindah lagi ke kawasan industri teberau 4.Aku tak pasti sampai bila aku nak bekerja disini.Hanya masa yang akan menentukan.Hampir setiap hari minggu aku kerja dan setiap hari aku kerja lebih masa hingga pukul 10 malam.Nak  kumpul duit untuk masa depan.Duduk rumah terasa bosan dan lebih baik aku kerja lebih masa.
Sekarang aku dah kurang berpeleseran tak tentu hala.Lagi pun ramai kawan kawan yang  dah nak berkahwin.Jiwa terasa kosong seperti ada yang tidak kena tambahan pula hari ini hari minggu balik kerja..nak mandi air paip tak ada...tension... nya aku!!!!!

Selasa, 14 Jun 2011

Satu Perjalanan Januari 1992

Bye bye!! tahun 1991 dan hello tahun 1992..di bilik bujang yg sarat dengan almari pasang siap aku memikirkan untung dan rugi di tahun 1991 dan apa dugaan dan cabaran yang mendatang di tahun 1992.Aku memasang azam untuk bekerja lebih kuat dan berjaya dengan apa yang akan dirancang.
Kring..kring...kring..satu panggilan yang tidak disangka sangka nora call aku dan ajak aku keluar dan berjalan jalan di tempat biasa di pantai lido.Hati rasa gumbira dapat berjumpa.Bual bual biasa tanya perkembangan diri masing masing.Dia seperti menanti aku berbicara tentang hubungan yang lebih erat...tapi lidah aku menjadi kelu..aku tidak bisa berbicara tentang cinta...sememangnya aku belum bersedia dan aku bukanlah seorang lelaki yg baik ,romantik dan punya kerjaya yang menjamin masa depan.Aku tahu kalau aku berbicara tentang cinta....aku pasti dia akan minta ikatan  pertunangan dan seterusnya berkahwin.Dari segi pengalaman aku wanita kalau umur 22 tahun keatas fikirannya akan terarah kepada kehidupan berkeluarga tapi bagi lelaki macam aku masih perlu satu kehidupan yang bebas dari kongkongan.Walaupun aku sukakannya tapi aku berpendapat biarkanlah dia mencari lelaki yang boleh memberi kebahagiaan dan menjamin masa depannya.Aku ibaratkan perhubungan ini seperti jadual perjalanan hidup aku dan dia walaupun bertemu di persimpangan jalan tapi kita berlawanan arah tuju atau kata orang putih its not the right way and the right time.Kita bertemu dimasa dan waktu yang salah....aku minta maaf ......banyak banyak minta maaf.Aku ......bukan lelaki yang sesuai untuk menjadi pasangan hidup mu....jutaan kemaafan...jiwa terasa bersalah kerna telah mengecewakan hati seseorang insan yang pernah hadir dalam hidup aku...