nuffnang ads

Rabu, 15 Jun 2011

Satu Perjalanan Mac-Jun 1992

Aku baru sembuh dari deman panas dan mulut kena ulser.Aku alergik ubat anti-biotik jenis vacktim akibatnya muka bengkak dan bibir pecah.Terlalu sukar untuk makan.Berat badan berkurangan.Hidup bujang ni sakit pening kena tanggung sendiri.Kawan serumah yang menjadi tempat mengadu.
Ramadan bakal menjelma..aku berharap  akan dapat cukup berpuasa selama sebulan.Minggu lepas tahun baru cina aku balik kampung.Satu bilik rumah di kampung abah dan emak telah sewakan dengan budak budak perempuan yang bekerja di plaza tol.Masa berbual dengan emak dan abah serta adik beradik yang lain terselit bual bicara bertanya..aku ni dah ada pasangan hidup atau belum.Aku jawab belum ada.Aku faham mereka cuba nak kenenkan aku dengan salah seorang budak plaza tol tu seperti biasalah jawaban standart aku belum bersedia.Dalam hal yang melibat peribadi aku terlalu berahsia dengan emak,abah dan adik beradik.
Pada hari raya tahun ni aku cuti seminggu dapat bonus sebulan gaji.Tahun ini aku rasa hari raya kurang meriah.Munkin aku dah dewasa.Puasa aku ponteng satu hari.Nak beraya dirumah saudara mara pun aku malas.Budak yang kerja kat plaza tol tu ada yang bercuti dan ada yang bekerja.Kadang kadang ada juga aku berbual dengan salah seorang dari mereka.Kakak kakak aku semua tengok pasang telinga nak korek rahsia dan kemudian beri komen sesuailah dan tak sesuailah.
Pada bulan jun aku beli sebuah TV warna 14 inch jenama panasonic.Beli hutang di court mamount.Rumah di kampung telah masuk talian talipon.Senang sikit nak berhubung dengan emak.Bulan ini juga kakak sulung aku iaitu kak siah telah berpindah ke Jb.Jadi ramailah adik beradik aku di JB iaitu Kak som.kak siak,abg man dan adik aku halim.Semua duduk berasingan.
Kilang KWP tempat aku bekerja  nak berpindah lagi ke kawasan industri teberau 4.Aku tak pasti sampai bila aku nak bekerja disini.Hanya masa yang akan menentukan.Hampir setiap hari minggu aku kerja dan setiap hari aku kerja lebih masa hingga pukul 10 malam.Nak  kumpul duit untuk masa depan.Duduk rumah terasa bosan dan lebih baik aku kerja lebih masa.
Sekarang aku dah kurang berpeleseran tak tentu hala.Lagi pun ramai kawan kawan yang  dah nak berkahwin.Jiwa terasa kosong seperti ada yang tidak kena tambahan pula hari ini hari minggu balik kerja..nak mandi air paip tak ada...tension... nya aku!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik