nuffnang ads

Rabu, 10 Ogos 2011

Bazar or Bazir

Setiap bulan Ramadan akan wujud satu perniagaan bermusim iatu Bazar Ramadan.Kebanyakannya menjual makanan dan minuman.Jika di pandang dari sudut ekonomi ia sesuatu yang bagus menjana ekonomi  kawasan setempat dan menambah pendapatan peniaga kecil serta pembekal bahan mentah.Peniaga juga perlu berlaku jujur menjual barangan dengan harga patut dan tidak menjual barangan yang sudah basi.

Bagi pengguna yakni pembeli dari sudut kebaikannya ia juga sesuatu yang bagus dan memudahkan kita yang bekerja membeli untuk berbuka bersama keluarga atau di sedekahkan pada jiran jiran.Yang menjadi masalahnya adalah tidak tahan dengan godaan iaitu nafsu makan yang meluap luap.

Bila kita masuk saja ke Bazar Ramadan paling tidak pun kita akan membeli kuih muih.Kalau diikutkan hati memang mahu di borong semua yang di jual di Bazar Ramadan tersebut.Bagi yang tinggal bersama ibubapa atau keluarga biasanya di rumah makanan memang sudah disediakan kemudian di tambah dengan belian di Bazar Ramadan dan jiran jiran pula menghantar juadah makanan..Hasilnya atas meja menggunung dengan makanan.
Makanan tersebut kalau habis dimakan tak jadi masalah tapi kalau tidak habis memang jadi satu pembaziran.
kalau tak boleh disimpan...jawapannya disimpan di dalam tong sampah lah gamaknya.

Teringat aku kisah rakyat Somalia yang mati kebuluran....kita disini mati terlebih makan.Hayatilah maksud berpuasa yang sebenar menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.

11 ulasan:

  1. sy masak..tp beli juga juadah lain kat bazar..so far lum penah bazir..ada sekali je..bila suami sy nasi kerabu tp dh mcm nk basi jd x makan..

    BalasPadam
  2. 10 hari berpuasa, belum pernha lagi jejak ke bazar. Sbb bazar jauh, kalo dekat, g gak kot. haha tapikan, g bazar ni buat kita rambang mata, sume mknan nak bli, nmpak sdap je, padahal bla mkan, sian tekak nk telan. Better msk sndiri terjamin bersih dan jimat.

    BalasPadam
  3. Salam;
    ada betul juga pandangan tuan blog ni..asal bulan puasa je ada saja makanan lebih hingga dibuang tak termakan...(basi)

    BalasPadam
  4. sebenarnya lagi sedap kalu masak sendiri.. tp sebab kesuntukan masa, Cik Ayu pun selalu gak singgah bazar Ramadhan ni.. kalu da smpi umah 6.30ptg, mmg x smpt masak. nk handle bb lg.. setakat ni, sekali je membuang mknn sbb rasanya sgt pelik

    BalasPadam
  5. bila tiba bulan puasa, kat kepala dok fikir bazaar je kan org skrg..lainlah bg yg bekerja yg mmg xda masa langsung nk masak huhu

    tp lg bgs masak sndiri..takkan hari2 bg laki dan anak2 makan hasil tangan penjual bazaar..huhu

    paling dtakuti, kes keracunan makanan..kan dh ada kes kan baru-baru ni..

    BalasPadam
  6. Saya kalau membeli rasanya tak bazir.. selalu akan beli ingat berapa perut je yg nak makan... bazir tak cuma MAHAL ye... BAZIR DUIT...

    BalasPadam
  7. insaf pulak baca entry neh..

    sebab suka sangat membeli n membuang bulan puasa neh..

    kena jimat cermat la..;-)

    BalasPadam
  8. Syukur Wina duk dengan keluarga maka bazar Ramadan bukan kemestian untuk pergi setiap hari.

    Memang kami mengelakkan membazir. Kalau ada lebihan walaupun tulang ikan akan diberi kepada kucing yang datang melawat di belakang. Hehe.

    Penjual pula perlu amanah jual barangan yang elok dan berkualiti dengan harga yang berpatutan. Bukan jual barang yang dah basi dan mahal.

    Apapun kita sebagai pengguna ada kuasa untuk menentukan apa yang terbaik untuk kita. Beli apabila betul-betul hendak dan pastikan makan sampai habis.

    -wina1979-

    BalasPadam
  9. Dear all tq fr yr komen.moral of the story jgn membazir ingat orang yg sedang kelaparan.

    BalasPadam
  10. anis tak ke bazar, HB je yg singgah lepas kerja utk beli kuih. Kuih sahaja pesan anis. Insya Allah, kami cuba kurangkan pembaziran pada bulan2 ramadhan. Anis suka blog abghani, anis follow ye?

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik