nuffnang ads

Jumaat, 5 Ogos 2011

Majalah 4- Tukang Gali Kubur

Banyak banyak tukang...tukang apa bila di panggil dia akan dongak keatas...jawabannya ada lah penggali kubur sebab dia berada di dalam lubang kubur.Kalau tukang buat rumah dia akan tengok ke bawah.

Disini aku nak citer bab kerjaya yang penting dalam masyrakat kita tapi ramai orang tak minat.Kebanyakan kerjaya ini hanya kaum lelaki saja yang bekerja sebagai penggali kubur.Kaum wanita buat masa ini aku tak pernah lihat dan dengar bekerja sebagai penggali kubur.Bagi wanita yang selalu inginkan hak sama rata mereka perlu mencuba dan menceburi bidang ini.Ada berani ke?

Ulasan-Kerjaya ini adalah satu kerjaya yang murni tergolong dalam fardu kifayah.Kalau di kampung biasanya salah seorang orang kampung akan menceburi bidang ini secara sambilan.Bila ada kematian keluarga simati akan memberi sedikit sedekah kepada penggali kubur ini.Sebenarnya tak mudah untuk menggali kubur ini kalau guna peralatan yang asas iaitu cangkul.Kalau tanahnya lembut mudah sedikit kalau tanahnya berbatu adalah sukar sekali.
Kalau di bandar biasanya jabatan agama dah sediakan penjaga kubur merangkap penggali kubur.Kubur biasanya sudah siap di gali dengan jentera penggorek.Kalau tak silap upahnya sekitar $200-$400 satu kubur.Kalau tanah pekuburan di bandar besar memang hari hari ada orang yang akan di kebumikan.

Apa yang aku lihat penjaga dan penggali kubur ini kebanyakannya sudah berumur.Berminatkah anak muda kita menjadi penggali kubur.Bayangkan di masa akan datang tiada orang untuk menggali kubur.Aku rasa tak mungkin berlaku sebab sekarang ni pun dah wujud perniagaan menguruskan jenazah dari mandi hingga ke bacaaan talkin .Kalau tak silap upahnya sekitar $600-$800 satu jenazah. Yang menjadi masalahnya sekarang tanah perkuburan yang dah berkurangann.Seperti di S,pura berkongsi lubang kubur.

Melalutlah aku ni bercerita tentang kubur.

8 ulasan:

  1. Bro, takde melalut. Sekali-sekala buka topik lain. Topik yang jarang orang kupas.

    Ehem dah terlanjur nak tanya bro minat topik apa dalam blog Wina tu? Nak juga tau :)

    Agaknya kerja penggali kubur ni tak popular tu yang ramai tak minat.
    Jarang disebut bidang ni

    BalasPadam
  2. salah satu pekerjaan mulia tu..teringt drama cinta si penggali kubur hehe

    owhh kt spura kongsi lubang kubur ekk?

    BalasPadam
  3. FA-salam ramadan 2u2

    Wina79-semua topik aku minat.perbanyakkan lagi isi isi penting yg kita nk sampaikan...ewah aku ni macam pandai je nk komen orang.

    SK-kerja mulia untuk masyarakat.

    BalasPadam
  4. Takpelah, nak tahu, Wina minta pendapat. Hehe antara ikut ngan tak jer. Oklah tu Wina nak pelbagaikan topik. Isi nak banyak ke? Panjang takpe ke?

    Haha terima kasih.

    BalasPadam
  5. wina aku sekadar bri pendapat saja..abai saja pendapat aku...tuan tanah berhak keatas tanahnya...hehehe

    BalasPadam
  6. Setahu anis, kerja gali kubur tidak boleh di jadikan kerja utama kan?
    Anis tengok mmg golongan berusia je yg kerja gali kubur, tp ada juga gol muda iaitu anak2 kpd penggali kubur yg kerja..sbb, ntahlah..mgkin kasihan pd bapanya berkerja...

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik