nuffnang ads

Selasa, 16 Ogos 2011

Sungai Mengalir Lesu

Kalau kita melalui jalan lama dan melalui jambatan kita akan nampak papan tanda cintailah sungai kita.Berapa banyak yang terkesan dengan ayat tersebut.Cinta di sini bermaksud jaga dan hargai sungai kita seperti mana kita menjaga orang yang kita sayangi dan cintai.Anugerah alam ini kita pinjam dari generasi akan datang.Jadi kita kena jaga sebaik munkin barang yang kita pinjam.

Dari pengamatan dan pengembaraan aku di Malaysia  ini aku lihat banyak sungai  yang dah dikategori tercemar.Air yang jernih cuma di kaki gunung.Dihilir airnya sudah keruh seperti teh tarik.Lagi teruk kalau sungai itu melalui bandar dan kawasan kilang,air nya bewarna hitam penuh dengan sampah sarap.
Ditambah pula kalau sungai itu melalu kawasan pertanian kelapa sawit,sudah pastilah airnya bercampur dengan baja kimia.
Dikampung aku sendiri sungainya tiada hidupan seperti ikan.Tidak seperti dulu banyak hidupan air.Dulu sungai ini menjadi sumber protin bagi penduduk kampung kini sungai ini mengalir lesu tiada lagi anak anak ikan bermain di gigi air.

Disini aku puji usaha kerajaan negeri Melaka yang berusaha keras memulihkan sungai terutama sungai Melaka.Sungai yang dulu kotor kini telah berubah menjadi hampir bersih dan di jadikan pusat pelancungan.Walaubagaimanapun aku lihat masih ada lagi terdapat botol dan plastik minuman di buang kedalam sungai Melaka.Masyarakat kita perlu dididik CINTAILAH SUNGAI KITA.

6 ulasan:

  1. kesian dekat sungai kan..

    sepatutnya kita jaga sungai kita...tapi tgk ramai ja yang bunag sampah ke dalam sungai..tu tercemar tu..

    BalasPadam
  2. salam...betul tu peliharalah sungai kita...

    sebenarnya dok melaka mmg best sbb mama pernah dok sana dulu...:)

    byk tempat yg best kat Melaka....:)

    BalasPadam
  3. Sungai sama ada tercemar atau dah jadi cetek. Kalau kat kampung Wina sungai dah jadi cetek gila. Rindu nak mandi sungai masa kecil-kecil.

    -wina1979-

    BalasPadam
  4. dear all bloger tq fr yr coment.

    banyak sungai kita dah nak nazak

    BalasPadam
  5. Jangankan sungai abghani..ayor paip kat umah pun kejap2 tercemar..manusia makin bertambah..alam pula makin berkurang..

    ~~~ hehe, aah..memang da lari sgt bidang..takpala, sekadar mengutip pengalaman.. :)

    BalasPadam
  6. sy mmg puji Melaka..psl ketua menteri dia mmg sungguh² nk cantikkan Melaka..mmg dia keje demi rakyat Melaka (ni cerita adik ipar sy dia pengarah bhg SPR)

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik