nuffnang ads

Sabtu, 6 Ogos 2011

Satu Perjalanan September 1997-No 2

Aku dah tukar kereta ..proton iswara saloon 1.5 no plat JCW8151.Kereta lama toyota XL ragamnya banyak aku dah jual.Guna kereta nasional pula.Barangan buatan Malaysia.

Seperti biasa persiapan untuk menyambut kelahiran anak kedua telah di buat.Semua barang barang keperluan telah di masukkan kedalam beg. 15 sept 1997 masih diingat lagi tanda kelahiran kelihatan bila ayang tengah bekerja.Waktu tu hampir jam 5 petang Rakan sekerjanya hantarnya ke Hospital.Aku dapat panggilan telepon .....dari Pasir Gudang aku terus menuju ke Hospital.

Setelah lama menunggu jam 9.35 malam baru ayang bersalin.Kali ini aku dapat anak perempuan yang comel.
Sekarang aku dah ada 1 lelaki dan 1 perempuan....sepasang.Syukur kepada Allah semuanya selamat.Kali ini aku tak tunggu lama terus aku qamat di telinganya.Dimasa yang sama aku terfikir tugas dan tanggung jawab aku akan bertambah.Kos sara hidup juga akan bertambah.Tapi itu bukan persoalannya dan masalahnya.Aku percaya pada rezeki ...Yang penting kita berusaha.Rezeki tak akan datang bergolek.

Aku namakan anak ini Nurain bermaksud cahaya mata. Lahir pada hari Isnin 15 sept 1997 bersamaan 12 jamadilawal 1418.Hati Gembira dapat anak perempuan....Syukur alhamdulillah.

2 ulasan:

  1. Nama yang indah. Tak sabar tunggu cerita ni.
    Aha rezeki bertambah apabila ada anak
    -wina1979-

    BalasPadam
  2. dah 2..anak abghani dh sekolah menengah lah skang ni kan..thn 97 ni sy umo 19..

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik