nuffnang ads

Khamis, 4 Ogos 2011

Majalah 4-Bermesra dengan alam semulajadi

Tempoh hari aku ada terbaca dalam surat khabar utusan malaysia 28 julai 2011 bertajuk bina imuniti secara semula jadi.Rencana itu menceritakan ibubapa di galakkan mendedahkan anak anak mereka bermain dengan alam semulajadi seperti bermain hujan,tanah,pasir dan sebagainya sebenarnya membantu kanak kanak membina sistem pertahanan tubuh atau imuniti secara semula jadi.

Teringat aku zaman kanak kanak dimana emak dan abah mengizinkan aku mandi hujan(kalau tiada ribut petir)Aku dapat rasakan titisan hujan bermain dan bermesra dengan aku.Terasa airnya sejuk,bersih tiada bahan campuran.Kanak kanak zaman sekarang memang tak merasalah mandi hujan...paip hujan dalam bilik air adalah.
Ibubapa zaman sekarang termasuk aku akan marah kalau anak anak bermain hujan....masuk jangan main hujan nanti deman....ayat biasa di dengar.

Anak anak juga tidak benarkan melepasi pagar rumah dengan berkaki ayam.Apatah lagi untuk bermain pasir,tanah atau tempat berpasir(pasir depan rumah sekarang banyak tahi kucing) kerana di takuti kena jangkitan kuman.Aku dulu tanah ,pasir ,lumpur sawah,gigitan lintah dan panjat pokok semua aku dah rasa.Penyakit memang ada tapi yang penting ketahanan diri melawan penyakit.Banyak kebaikan membiarkan anak anak bermain dengan alam semulajadi tapi dengan syarat ibubapa mengawasinya.Hakikatnya persekitaran dulu dan sekarang adalah berbeza.Setuju atau tidak ibubapa zaman sekarang bersikap terlalu melingdungi anak anak/over protective?.......yalah kalau anak dah sakit siapa yang susah.

5 ulasan:

  1. Setuju sesangat. Anak sekarang ni banyak terkurung dan lebih bermesra dengan alatan teknologi macam PSP, tv. Mungkin zaman berubah, ibubapa takut biarkan anak main kat luar bukan setakat sebab ancaman persekitaran seperti hujan macam bro cakap tapi ancaman orang asing yang berniat jahat nak culik.

    Terlalu melindungi? Mungkin juga.

    -wina1979-

    BalasPadam
  2. Salam Ramadhan;
    Memang byk berubah dulu dan sekarang terutamanya dari segi penyakit..dulu tak pernah dengar sakit itu dan ini..sekarang mcm2 jenis penyakit ada yg tak tereja dan disebut..berbelit2 lidah nak sebut dah tu payah nak sembuh....

    BalasPadam
  3. NA-Main psp kurang bergaul dgn rakan sekitar.

    Yusuf-Banyak hospital di buat banyaklah pesakit yg datang

    BalasPadam
  4. aahh...ndk2 skrg mudah jatuh sakit kan..

    sy dulu kecik2, suka gila main pasir, cari binatang ntah apa nama tu, yg bejalan undur..hehe

    panjat pkok gajus..bestnya dulu2

    BalasPadam
  5. beza kan zaman dulu? dulu saya boleh aja terjun dalam parit. main pasir. macam2. skg beza. nak jejak tanah ta pakai kasut pon susa.

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik