nuffnang ads

Isnin, 1 Ogos 2011

Satu Perjalanan october 1996-kini bertiga

Hidup aku dah berubah sekarang.Rutin harian dah berubah.Dulu berdua kini bertiga.Satu Tranformasi kehidupan.Anak aku Azim kini berusia sebulan lebih.Aku dapat lihat tumbesarannya di depan mata.Satu hari dalam seminggu aku bersama ayang akan pergi ke klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan kesihatan ibu dan anak.(timbang berat/suntikkan dll yg berkaitan)

Setiap saat aku teringatkan anak aku.Ayang aku cuti bersalin hampir 2 bulan.Dalam tempoh berpantang Ibu mertua yang jaga.Lepas pantang aku akan bawa balik ke kg aku di Melaka.Emak dan adik beradik aku ada juga datang melawat.

Antara tugas baru aku buat susu atau tukar pampers pada malam hari.Kalau anak menangis pukul 1 pagi ,biasanya kami bergilir gilir bangun untuk buat susu atau tukar pampers.Mula mula kekok juga tapi lama lama aku dah jadi biasa.Paling tidak pun 2-3 kali pasti bangun untuk buat susu.Aku dan ayang terpaksa korban masa tidur demi anak.Apabila dah jadi ayah baru aku tahu susah payah abah dan Emak atau ibubapa yang lain menjaga anak kecil seperti menatang minyak yang penuh.Nasihat aku pada semua hormati,hargai dan sayangilah ibubapa kita selagi hayat dikandung badan.Besar jasanya kepada kita dan jangan sesekali kita menderhaka kepada mereka.
Bagi yang merantau sentiasalah bertanya khabar berita.Haaa....talipon sekarang ibubapa anda.

7 ulasan:

  1. Bro betul tu kita ni tak hargai ibubapa apabila dah alami pengalaman tersebut barulah sedar pengorbanan ibubapa.

    Macam Wina la selalu lupa :(

    -wina1979-

    BalasPadam
  2. Wina79:-() mulai hari ini jgn lupa pengorbanan ibubapa..masa makan ingatlah mereka.

    BalasPadam
  3. aelamat berpuasa;
    Hargailah mereka semasa masih ada..jgn tangisi semasa ketiadaan mereka..sebaliknya ingat pesan mereka..

    BalasPadam
  4. syahduuuuuuuuuuu~~~
    nsb tgh cuti sem...huk3

    BalasPadam
  5. bila dah jadik mak ayah baru tahu kan..misti sedih bila dh besar anak yg kita tatang ms kecik melawan ckp..

    BalasPadam
  6. pesanan yg bagus.

    ya, suka sgt bila jadi parent ni kan..

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik