nuffnang ads

Ahad, 29 Mei 2011

Satu Perjalanan Januari- Disember 1989-Dunia baru

Selamat tinggal 1988 dan selamat datang 1989.Tahun baru azam baru.Mahu meninggalkan kenangan lalu dan membuka lembaran baru.Azam aku tahun ini untuk menjadi lebih baik dari tahun lalu.Pertama sekali aku perlu mencari kerja baru dan tidak terlalu memilih.Dengan bantuan rakan serumah aku dapat kerja baru di Johor jaya sebagai pekerja biasa di sebuah kilang membuat basikal.Kalau sebut kilang tentulah taukeynya cina.Samaada kerja ni teruk atau tidak aku perlu berkerja untuk makan dan membayar duit rumah sewa.Lepas sebulan bekerja aku berhenti dan kerja di pandan kilang buat basikal juga.Cuma kali ini dekat dengan rumah jalan kaki saja.Gaji dalam $300.00.Kerja disini tak berapa seronok.Deskriminasi banyak sangat.Kerja macam kuli.Aku dah tak ada hati nak berkerja disini.Selepas tahun baru cina aku berheti tanpa notis.
Dengan pertolongan kawan aku dapat kerja di limbungan kapal MSE di pasir gudang.Kerja disini memang mencabar.Dalam perut kapal,bawah kapal dan atas kapal semua tempat aku dah masuk.Aku ditugaskan membuat staging.Yang paling bahaya buat staging tergantung di dinding kapal.Silap haribulan boleh maut kalau jatuh.Seminggu berkerja kepala dah berdarah terhantuk besi.Gaji  sehari dalam $15-$20.00.Kalau overnight dapatlah lebih.Yang tak bestnya ada kapal ada kerja.Pada masa tu kontrak majikkan aku dengan MSE buat kapal Navi Indera Sakti.Seminggu sebelum raya kontrak tamat.Nak tunggu kapal lain masuk lama lagi jadi aku balik kampung.
Dikampung emak aku resah tengok aku tak ada kerja.Dengan usahanya dengan bantuan anak angkatnya yg bekerja di PLUS highway iaitu abg sobri aku dapat kerja dengan Propel iaitu jaga kebersihan tempat rehat di km 99 arah pedas linggi.Kerja meliputi sapu sampah cuci tandas buang rumput di longkang.Kerja sorang sorang kadang kadang cakap sorang sorang.Kalau nak bercakap tunggu orang berhenti berehat atau nak ke tandas.Dulu kereta tak banyak lagi.Masuk kerja dari pukul 8am-5pm.Bulan pertama aku naik basikal.Bulan kedua aku pinjam motor abg sobri dan bulan ketiga aku beli motor honda cup c70.Pelik duduk kampung 3bulan boleh pulak pakai motor.No motor MR4454.
Rutin harian aku di kampung pagi pergi kerja petang balik rumah.Kadang kadang rasa bosan juga.Kawan kawan sebaya kebanyakan  bekerja di KL.Kerja di kawasan rehat ni banyak juga aku belajar dari aspek kehidupan.Kita perlu menghormati dan menghargai orang yg bekerja sebagai tukang sapu sampah dan pencuci tandas tanpa mereka kehidupan kita tak akan sempurna.Bayangkan kalau mereka ini mogok tak nak cuci tandas awam.Jadi jagalah kebersihan alam sekitar dan tandas awam.Jangan buang sampah merata rata tempat.Aku bercakap dari segi pengalaman aku sebagai penjaga kebersihan kawasan rehat jadi  aku tahu perasan orang yg bekerja seperti itu..Antara pengalaman lain jumpa dompet duit di dalam tandas dan kesemuanya aku pulangkan kepada tuan punya yg datang balik.Biasanya mereka akan bagi saguhati.
Dalam hidup aku ada banyak no 9.Tarikh lahir ada banyak no 9,tempat lahir N9,adik beradik 9 org dlm ic lama ada 2 no 9 dihujung dan bekerja di km99.
Pada penghujug tahun 1989 aku berfikir ingin  kembali semula ke Johor Bahru rindu pulak kawan kawan dan kehidupan kat sana.....

2 ulasan:

  1. Orang kata banyak no 9, banyak peluang dalam hidup. Sayapun banyak no 9.

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik