Penghujung bulan julai 1991 aku dapat berita dari kampung emak masuk hospital terendak kem melaka.Emak akan menjalani pembedahan ketumbuhan di lehernya,Aku cuti seminggu.Sedih tengok mak yang separuh sedar bila masuk ke bilik pembedahan.Hanya doa yg mengiringi mak.Selepas lebih 4jam pembedahan...doktor kata ok pembedahan berjaya.Terpancar kegembiraan dan kelegaan di wajah adik beradik.Aku rasa abah yang paling gembira..Kulihat wajah abah tersenyum tanda bersyukur..Alhamdulillah.....Emak selamat.
Ogos 25 1991 aku pergi ke Negeri sembilan dengan kawan kawan..member kahwin sewa kereta dan aku singgah di kampung tengok emak.Syukur..emak bertambah sihat.
9- 9- 1991 antara hari yg sering di ingati.Kawan kawan serumah merancang nak buat birthday party aku, potong kek di pantai Lido .Tapi.....di pertengahan jalan area Larkin hujan turun dengan lebatnya.Aku dan member berteduh di taman berhadapan perpustakaan awam larkin.Habis barang persiapan dan termasuk kek basah.Jadi ambil keputusan potong kek di larkin dalam hujan lebat.Bila nak balik motor tak boleh start plug masuk air..kena tolak hampir 5km...bila hujan teduh relex sekejap cuci plug dan bila motor boleh start terus balik rumah.Buat game sedikit..riuh serumah.happy sangat...tapi tak boleh bising lebih lebih nanti jiran mengamuk.
Penghujung bulan Julai member aku kamal ajak aku pergi KL ada seminar insuran.Aku ikut ..tidur di Hotel hilton 1 malam Rasanya pertama kali tidur di hotel mewah.Masa seminar aku tak berapa faham sebab seminar cakap orang putih..lagi pun aku tak minat kerja insuran ni.Masa exam aku tak datang.
November 1991 ada jawatan kosong di store sebagai asst. storekeper Aku mohon ditukarkan kebahagian store.Boss setuju dengan syarat aku cari pengganti tempat aku sebagai despatch...dan aku berjaya.
Pada bulan ini juga aku dan kawan aku Md Shah dan seorang lagi kawan perempuan iaitu Linda(sekampung dgn kak ita) pergi ke Labis tidur 2 malam.tengok kawan sekerja iaitu Kak Ita kahwin.Naik keretapi malam ..sampai Labis naik teksi pergi ke felda Chemplak.Tidur di rumah linda semalam selepas sarapan pergi kerumah kak ita.Keluarga kak ita ni memang baik dan terlalu menghormati tetamu..Aku kagum dengan abang kandung kak ita kerana selapas kematian bapa dia ambil alih tugas sebagai ketua keluarga membesarkan adik adik seramai 9 orang.Dia sanggup korbankan masa dan impiannya dengan tidak berkahwin demi kelangsungan hidup adik adiknya.Pada masa tu umurnya lebih 40 tahun.
Oh ya..kawan aku Md Shah ni dia minat dengan kakak kpd kak ita iaitu Kak Chik..tapi kak Chik tak minat dengan Md Syah ni.Kesian Md Shah cinta tak berbalas.
Ada kisah lucu terjadi disini..pada waktu malam kenduri ..aku nak pergi mandi.Bilik mandi rumah kak ita ni berada di luar rumah berdindingkan zing yg dah berlubang sana sini.Diluar bilik mandi ada makcik dan akak akak tengah basuh pinggan .Bila masuk dalam bilik mandi baru aku perasan ada banyak lubang.Dalam bilik air lampu terang diluar lampu malap sikit ..maknanya orang di luar memang nampak orang di dalam.kalau ada niat nak mengintailah.Aku tak bawa kain basahan jadi terpaksa mandi 18sx hehehe.Tiba tiba kak ita boleh hulur getah paip di celah celah lubang zing..aku bengang beb!!..dalam hati ...dia ni nak mengendap aku mandi ke aper nie.Cepat cepat aku ambil tuala mandi dan tiba tiba idea datang...aku cabut mentol dalam bilil air..bila gelap dapatlah aku mandi dengan tenang.Bila keluar dari bilik air ada pulak akak kat luar tu sound..apasal kau mandi dalam gelap..Aku jawap entahlah tiba tiba je lampu tu padam.Lepas tu aku bagitahu Md Shah kau cabut mentol bilik air kalau kau nak mandi.Sampai sekarang hati aku masih berkata kata ..kak ita ni nampak ke tak nampak masa dia hulur getah paip.Bengang beb!!!gangguan seksual????
nuffnang ads
Isnin, 13 Jun 2011
Selasa, 7 Jun 2011
Isnin, 6 Jun 2011
Satu Perjalanan Jun-Julai 1991
Bulan Jun aku pulang ke kampung.Bukan nak bawa diri .... saja nak rehatkan minda.Mak terperanjat tiba tiba saja aku terpacul.Kebetulan musim durian..aku pulun buah durian sepuas puasnya.
Kembali semula bertugas membuat kerja kerja harian.Pada suatu malam nora call aku kat rumah tanya aku mana menghilang 3 hari.Aku jawab balik kampung ada hal.Dan dia dapat merasakan yang aku seakan menjauhkan diri darinya.Dari segi perbualannya aku dapat rasa dia suka dengan aku.Aku keliru...
Seperti ada yg merancangkan petang selepas balik kerja driver van pekerja abg rahman ajak aku naik van hantar pekerja pulang..kita jalan jalan.. nora pun naik van sekali.Berbual bual seperti biasa,Sampai di depan rumah nora abg rahman ajak turun pergi sembang dengan mak nora yg kebetulan ada depan rumah.Pada mulanya aku enggan kerana segan tapi desakan kuat abg rahman aku keluar dan bersalaman dengan mak nora.Nora cakap jawa dengan maknya tapi aku faham apa yg dia cakap..dia kata aku ni kawan sekerjanya yang lain lain aku tak faham.Dalam perjalanan balik abg rahman suruh aku berkawan dengan nora dengan lebih rapat..dia budak baik...aku jawab..insyallah.satu jawapan yg mengecewakan abg rahman barangkali ..tiada kesungguhan.Aku beritahu dengan abg rahman aku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab umur baru 22tahun.Aku merancang untuk menamatkan zaman bujang pada umur 28 tahun.
soal jodoh..aku berserah pada yang maha esa..
3 julai 1991 adalah hari terakhir nora bekerja.Pada pagi 3 julai baru aku tahu dia berhenti kerja.Aku tak tahu kenapa dia berhenti kerja.Kawan sekampungnya nanie tak nak beri tahu aku sebab kenapa dia berhenti kerja.Dalam hati..patulah pada malam 2 julai dia ajak aku dan kawan sekerjanya makan makan di bandar JB.Malam tu reaksinya lain sekali tapi aku tak mengesyaki apa apa.Malam tu dia minta aku hantarnya balik dan aku hairan dia minta maaf dan mengucapkan semoga kita jumpa lagi Rupanya semalam adalah hari terakhir aku jumpanya........ya.semoga kita berjumpa lagi disuatu hari nanti......

Ahad, 5 Jun 2011
Satu Perjalanan April-Mei 1991
Lagi 10 hari raya menjelang tiba.Buat masa ini puasa aku cukup.Raya pasti meriah.Persiapan telah dibuat..pakaian semua baru,duit raya untuk anak saudara telah disediakan dan aku telah mohon cuti satu minggu..bestnya cuti..dah lama tak makan masakan mak.Sesedap mana pun apa yg kita makan bagi aku tak akan sama dengan sentuhan masakan mak..walaupun mak masak telur masak kicap...bila makan terasa keiklasan masakan mak..utk anaknya.
Mengenai hubungan aku dengan nora aku rasa hanya sebagai rakan sekerja.Lagi pun ada beberapa lelaki yang berminat juga dengannya.Pernah lihat nora berjalan naik motor dengan lelaki.Rasa seakan cemburu tapi bila di fikirkan kembali itu haknya nak keluar dengan sesiapa pun aku dengannya bukan ada apa ikatan pun.Aku rasa biar aku undur diri bukan kerana aku takut nak bersaing tapi memang cara aku tak nak bergaduh kerana seorang perempuan.Lagipun aku suka kehidupan sebagai orang bujang single...Tapi jiwa terasa sunyi..hampir setiap hari aku pulang awal jam 5 mesti punch card tidak seperti kebiasaan jam 6 baru pulang.Seperti ada yang tidak kena.Pernah terjadi bila pulang dari kerja tiba tiba motor rosak tali clutch putus..kena tolak hampir 5 km ke bengkel berdekatan..hati panas..fikiran bercelaru...adakah aku frust...oohhh..tidak sama sekali.

Sabtu, 4 Jun 2011
Satu Perjalanan Januari -Mac 1991
Happi new year..apa azam baru...itulah ucapan yg selalu kita dengar setiap kali tiba tahun baru..yalah takkan kita nak ucap selamat tinggal tahun lama.semoga kita jumpa lagi.Tahun yang berlalu kita tak akan jumpa lagi.Hanya kisah suka duka kehidupan yang ikut bersama kita.Sukar untuk dipadamkan kecuali kalau otak kita mereng.
Pada tahun 1991 rumah sewa aku masuk talian talipon.Nombornya 07-541374(masa tu 6 nombor).Jadi mudahlah kawan kawan ,awek awek,saudara mara dan orang kampung nak talipon .Bila masuk talian talipon nie ada baik dan buruknya.Yang baiknya mudah kita atau orang nak cari kita.Yang tak baiknya kalau bergayut sampai merah telinga berjam jam.Masalah bil yang meningkat dah mula jadi isu.Yalah..yang tak guna tak kan nak bayar lebih.Macam aku jarang buat panggilan keluar ..panggilan masuk adalah.Bila bil sampai semua semak nombor masing masing sapa pakai dia bayar.
Aku dah tukar motor..tukar suka sama suka dengan abang man.Motor kawasaki ninja 80 cc.Nampak bergaya sikit dan rezeki bertambah.. gaji aku naik $100.00. Emak ada datang JB tinggal di rumah kak som untuk berubat.Sakit apa aku tak pasti.
Tentang persahabatan dengan nora macam biasa bagai seorang kawan.Aku masih malu malu dan belum bersedia untuk kearah yang lebih serius.Aku pun tak pasti yang dia suka kat aku atau tidak.Aku tak pernah tanya.Aku rasa masing masing menyimpan perasaan.Kalau keluarpun bual bual biasa saja.Selepas tahun baru cina pihak syarikat ada buat dinner.Aku duduk semeja dengan nora dan rakan yg lain.Masa diner semua pekerja kelihatan lain terutama pekerja wanita..wajah dah berubah dengan make-up..ada yang bertambah cantik dan ada yang jadi tak cantik.Bagi aku...aku lebih suka kecantikan semula jadi tanpa make-up.Natural beauty kat orang putih.Soal cantik ni tengok pada mata masing masinglah.Kadang kadang kita lihat orang tu cantik tapi orang lain lihat tak cantik.Terlalu umum...jadi kesimpulamnya..semua orang adalah cantik..manusia adalah satu ciptaan allah yang sempurna..jadi bersyukurlah dengan diri sendiri.

Jumaat, 3 Jun 2011
Satu Perjalanan Disember 1990
Beberapa hari lagi tahun 1990 akan berlabuh dan tahun 1991 akan memulakan pelayaran.Fikiran masih lagi nak enjoy .Umur dah nak meningkat 22 tahun.Kehidupan masih statik.Mata masih lagi terkebil kebil..mengingatkan kisah lalu...sukar nak tidur..jam menunjukkan 2 pagi.Radio masih bersiaran kisah coretan hati ..juruhebah memutarkan lagu lagu syahdu dan di selang seli dengan kata kata romantis dan puitis..sungguh menusuk kalbu.Kawan kawan semua sudah di buai mimpi ....mimpi indah barangkali...Fikiran melayang mengingat sesuatu yang manis....
Pertengahan bulan disember 1990,pihat syarikat ada membuat rombongan tahunan ke pantai Port Dickson.Sungguh meriah.Aku rasa kawan kawan di kilang Kam & wah ni adalah kawan aku yg terbaik satu kepala ngam.Semuanya enjoy happy .Boss aku rasalinggam aku tengok dia terlebih happy.Semua aktiviti dirakam oleh lenser kamera kodak film sebagai kenangan.
Dengan nora aku cuba nak berkawan rapat dengannya..seperti yg aku katakan dulu ada respon tapi belum lagi nak mesra..berjalan di sepanjang pantai secara berkumpulan..naik bot dan naik kayak..letih tangan aku mengayuh kayak sebab aku je yg pandai kayuh..tapi tak per..ler.. .hehehe....aaaa kali ni si nora boleh mandi laut barangkali bulan belum nak datang kat dia.kot..hahaaha. Kawan kawan masa tu belum perasan yang aku minat kat budak nora ni.Minat ni bukanlah bermaksud nak bercinta.Cuma nak berkawan je..aku juga macam orang lain meminati dan diminati..satu perkara yang normal bagi lelaki seusia aku.Kalau lelaki tak minat pompuan itu tidak normal.
Dalam bas aku duduk di belakang dengan kawan kawan yang suka buat bising.menyanyi lagu slow rock dengan gitar kapuk..zaman tu zaman rock baru nak memuncak.Bela rambut panjang.Jean and jaket.
Bas singgah di Bandar Hilir Melaka untuk berehat dan makan sebelum balik ke johor bahru.Sebelum tu aku dah ambil cuti dan aku ambil kesempatan untuk balik kampung..
Hoi!! bangun,,bangun.. dah pagi..kawan aku mengejutkan aku .radio masih lagi bersiaran..aku bersiap untuk pergi kerja di pagi yang indah ini....

Khamis, 2 Jun 2011
Satu Perjalanan October-1990
Seperti biasa aku datang awal ke pejabat ..buat apa yg patut..Kemudian boss aku sampai minta aku 2 borang jawatan kosong dan minta aku beri pada pencari kerja yg berada di bilik temuduga .Masuk di bilik temuduga ada 2 gadis sedang menunggu.Aku dengan ramah dan satu senyuman menegur.. haii...dan beri borang untuk diisi.Hati berdetik..cun juga budak 2 orang nie.Selepas di temuduga oleh boss...aku tengok borang...ooo,,budak gelang patah kg melayu lima kedai..umur 20 tahun.Namanya masih lagi diingat seorang bernama Kairani Masaet dan Norazila Kardy.Tengok pada nama bapanya macam jawa tulen.Busy body sikit ...tanya boss.. budak...tadi diterima kerja tak?..boss kata ok diserapkan kat QC.....hai selalu you tak pernah tanya...ada apa apa ke...you minat yang mana satu...aku diam sambil menyengeh......Semenjak tu aku selalu masuk ke dalam kilang untuk menonjolkan diri.. tambahan pula antara tugas aku check punch card...ada saja punch card yang tak kena...itu je lah alasan aku nak ke production.Pada masa tu pekerja ada lebih kurang 100 orang.
Pada pertengahan bulan oktober kawan aku yg bertugas di production telah buat satu trip berkelah ke Desaru.Masa tu sewa Van.Satu van boleh isi 12 orang.Aku ikut serta dan yang bestnya budak perempuan ni pun ikut sekali.Wow!!...planing menjadi.
Kawan kawan yang pergi semuanya ngam satu kepala..seronok dan meriah.Sampai didesaru.. .semuanya duduk selonggok di bawah pokok.Aku pun ambilah peluang untuk berkenalan.Respon nampak baik...
Di Desaru semua orang mandi kecuali si Nora ni dia tak mahu mandi laut..aku pelik juga apasal dia tak nak mandi laut.Tanya kat kawannya nanie dia tak mahu jawap..begitu juga dengan budak pompuan yg lain..selepas sisi bergambar dan makan minum kami pun balik dan .bila aku sampai di rumah aku cerita kat kawan kawan serumah..kawan aku cakap...dia datang bulan lah tu..itu pun tak tahu....ooooo ..sememangnya aku tak tahu hal hal orang pompuan nie...

Langgan:
Catatan (Atom)