nuffnang ads

Isnin, 13 Jun 2011

Satu Perjalanan Ogos-Nov 1991

Penghujung bulan julai 1991 aku dapat berita dari kampung emak masuk hospital terendak kem melaka.Emak akan menjalani pembedahan ketumbuhan di lehernya,Aku cuti seminggu.Sedih tengok mak yang separuh sedar bila masuk ke bilik pembedahan.Hanya doa yg mengiringi mak.Selepas lebih 4jam pembedahan...doktor kata ok pembedahan berjaya.Terpancar kegembiraan dan kelegaan di wajah adik beradik.Aku rasa abah yang paling gembira..Kulihat wajah abah tersenyum tanda bersyukur..Alhamdulillah.....Emak selamat.
Ogos 25 1991 aku pergi ke Negeri sembilan dengan kawan kawan..member kahwin sewa kereta dan aku singgah di kampung tengok emak.Syukur..emak bertambah sihat.
9- 9- 1991 antara hari yg sering di ingati.Kawan kawan serumah merancang nak buat birthday party aku,  potong kek di pantai Lido .Tapi.....di pertengahan jalan area Larkin hujan  turun dengan lebatnya.Aku dan member berteduh di taman berhadapan perpustakaan awam larkin.Habis barang persiapan dan termasuk kek basah.Jadi ambil keputusan potong kek di larkin dalam hujan lebat.Bila nak balik motor tak boleh start plug masuk air..kena tolak hampir 5km...bila hujan teduh relex sekejap cuci plug dan bila motor boleh start terus balik rumah.Buat game sedikit..riuh serumah.happy sangat...tapi tak boleh bising lebih lebih  nanti jiran mengamuk.
Penghujung bulan Julai member aku kamal ajak aku pergi KL ada seminar insuran.Aku ikut ..tidur di Hotel hilton 1 malam Rasanya pertama kali tidur di hotel mewah.Masa seminar aku tak berapa faham sebab seminar cakap orang putih..lagi pun aku tak minat kerja insuran ni.Masa exam aku tak datang.
November 1991 ada jawatan kosong di store sebagai asst. storekeper Aku mohon ditukarkan kebahagian store.Boss setuju dengan syarat aku cari pengganti tempat aku sebagai despatch...dan aku berjaya.
Pada bulan ini juga aku dan kawan aku Md Shah dan seorang lagi kawan perempuan iaitu Linda(sekampung dgn kak ita) pergi ke Labis tidur 2 malam.tengok kawan sekerja iaitu Kak Ita kahwin.Naik keretapi malam ..sampai Labis  naik teksi pergi ke felda Chemplak.Tidur di rumah linda semalam selepas sarapan pergi kerumah kak ita.Keluarga kak ita ni memang baik dan terlalu menghormati tetamu..Aku kagum dengan abang kandung kak ita kerana selapas kematian bapa dia ambil alih tugas sebagai ketua keluarga membesarkan adik adik seramai 9 orang.Dia sanggup korbankan masa dan impiannya dengan tidak berkahwin demi kelangsungan hidup adik adiknya.Pada masa tu umurnya lebih 40 tahun.
Oh ya..kawan aku Md Shah ni dia minat dengan kakak kpd kak ita iaitu Kak Chik..tapi kak Chik tak minat dengan Md Syah ni.Kesian Md Shah cinta tak berbalas.
Ada kisah lucu terjadi disini..pada waktu malam kenduri ..aku nak pergi mandi.Bilik mandi rumah kak ita ni berada di luar rumah berdindingkan zing yg dah berlubang sana sini.Diluar bilik mandi ada makcik dan akak akak tengah basuh pinggan .Bila masuk dalam bilik mandi baru aku perasan ada banyak lubang.Dalam bilik air lampu terang diluar lampu malap sikit ..maknanya orang di luar memang nampak orang di dalam.kalau ada niat nak mengintailah.Aku tak bawa kain basahan jadi terpaksa mandi 18sx hehehe.Tiba tiba kak ita boleh hulur getah paip di celah celah lubang zing..aku bengang beb!!..dalam hati ...dia ni nak mengendap aku mandi ke aper nie.Cepat cepat aku ambil tuala mandi dan tiba tiba idea datang...aku cabut mentol dalam bilil air..bila gelap dapatlah aku mandi dengan tenang.Bila keluar dari bilik air ada pulak akak kat luar tu sound..apasal kau mandi dalam gelap..Aku jawap entahlah tiba tiba je lampu tu padam.Lepas tu aku bagitahu Md Shah kau cabut mentol bilik air kalau kau nak mandi.Sampai sekarang hati aku masih berkata kata ..kak ita ni nampak ke tak nampak masa dia hulur getah paip.Bengang beb!!!gangguan seksual????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik