nuffnang ads

Isnin, 6 Jun 2011

Satu Perjalanan Jun-Julai 1991

Bulan Jun aku pulang ke kampung.Bukan nak bawa diri .... saja nak rehatkan minda.Mak terperanjat tiba tiba saja aku terpacul.Kebetulan musim durian..aku pulun buah durian sepuas puasnya.
Kembali semula bertugas membuat kerja kerja harian.Pada suatu malam nora call aku kat rumah tanya aku mana menghilang 3 hari.Aku jawab balik kampung ada hal.Dan dia dapat merasakan yang aku seakan menjauhkan diri darinya.Dari segi perbualannya aku dapat rasa dia  suka dengan aku.Aku keliru...
Seperti ada  yg merancangkan  petang selepas balik kerja driver van pekerja abg rahman ajak aku naik van hantar pekerja pulang..kita jalan jalan.. nora pun naik van sekali.Berbual bual seperti biasa,Sampai di depan rumah nora abg rahman ajak turun pergi sembang dengan mak nora yg kebetulan ada depan rumah.Pada mulanya aku enggan kerana segan tapi desakan kuat abg rahman aku keluar dan bersalaman dengan mak nora.Nora cakap jawa dengan maknya tapi aku faham apa yg dia cakap..dia kata aku ni kawan sekerjanya yang lain lain aku tak faham.Dalam perjalanan balik abg rahman suruh aku berkawan dengan nora dengan lebih rapat..dia budak baik...aku jawab..insyallah.satu jawapan yg mengecewakan abg rahman barangkali ..tiada kesungguhan.Aku beritahu dengan abg rahman aku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab umur baru 22tahun.Aku merancang untuk menamatkan zaman bujang pada umur 28 tahun.
soal jodoh..aku berserah pada yang maha esa..
3 julai 1991 adalah hari terakhir nora bekerja.Pada pagi 3 julai baru aku tahu dia berhenti kerja.Aku tak tahu kenapa dia berhenti kerja.Kawan sekampungnya nanie tak nak beri tahu aku sebab kenapa dia berhenti kerja.Dalam hati..patulah pada malam 2 julai dia ajak aku dan kawan sekerjanya makan makan di bandar JB.Malam tu reaksinya lain sekali tapi aku tak mengesyaki apa apa.Malam tu dia minta aku hantarnya balik dan aku hairan dia minta maaf dan mengucapkan semoga kita jumpa lagi Rupanya semalam adalah hari terakhir aku jumpanya........ya.semoga kita berjumpa lagi disuatu hari nanti......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik