nuffnang ads

Ahad, 5 Jun 2011

Satu Perjalanan April-Mei 1991

Lagi 10 hari raya menjelang tiba.Buat masa ini puasa aku cukup.Raya pasti meriah.Persiapan telah dibuat..pakaian semua baru,duit raya untuk anak saudara telah disediakan dan aku telah mohon cuti satu minggu..bestnya cuti..dah lama tak makan masakan mak.Sesedap mana pun apa yg kita makan bagi aku tak akan sama dengan sentuhan masakan mak..walaupun mak masak telur masak kicap...bila makan terasa keiklasan masakan mak..utk anaknya.
Mengenai hubungan aku dengan nora aku rasa hanya sebagai rakan sekerja.Lagi pun ada beberapa lelaki yang berminat juga dengannya.Pernah lihat nora berjalan naik motor dengan lelaki.Rasa seakan cemburu tapi bila di fikirkan kembali itu haknya nak keluar dengan sesiapa pun aku dengannya bukan ada apa ikatan pun.Aku rasa biar aku undur diri bukan kerana aku takut nak bersaing tapi memang cara aku tak nak bergaduh kerana seorang perempuan.Lagipun aku suka kehidupan sebagai orang bujang single...Tapi jiwa terasa sunyi..hampir setiap hari aku pulang awal jam 5 mesti punch card tidak seperti kebiasaan jam 6 baru pulang.Seperti ada yang tidak kena.Pernah terjadi  bila pulang dari kerja tiba tiba motor rosak tali clutch putus..kena tolak hampir 5 km ke bengkel berdekatan..hati panas..fikiran bercelaru...adakah aku frust...oohhh..tidak sama sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik