nuffnang ads

Khamis, 2 Jun 2011

Satu Perjalanan October-1990

Seperti biasa aku datang awal ke pejabat ..buat apa yg patut..Kemudian boss aku sampai minta aku 2 borang jawatan kosong dan minta aku beri pada pencari kerja yg berada di bilik temuduga .Masuk di bilik temuduga ada 2 gadis sedang menunggu.Aku dengan ramah dan satu senyuman menegur.. haii...dan beri borang untuk diisi.Hati berdetik..cun juga budak 2 orang nie.Selepas di temuduga oleh boss...aku tengok borang...ooo,,budak gelang patah kg melayu lima kedai..umur 20 tahun.Namanya masih lagi diingat seorang bernama Kairani Masaet dan Norazila Kardy.Tengok pada nama bapanya macam jawa tulen.Busy body sikit ...tanya  boss.. budak...tadi diterima kerja tak?..boss kata ok diserapkan kat QC.....hai selalu you tak pernah tanya...ada apa apa ke...you minat yang mana satu...aku diam sambil menyengeh......Semenjak tu aku selalu masuk ke dalam kilang untuk menonjolkan diri.. tambahan pula antara  tugas aku check punch card...ada saja punch card yang tak kena...itu je lah alasan aku nak ke production.Pada masa tu pekerja ada lebih kurang 100 orang.
Pada pertengahan bulan oktober kawan aku yg bertugas di production telah buat satu trip berkelah ke Desaru.Masa tu sewa Van.Satu van boleh isi 12 orang.Aku ikut serta dan yang bestnya budak perempuan ni pun ikut sekali.Wow!!...planing menjadi.
Kawan kawan yang pergi semuanya ngam satu kepala..seronok dan meriah.Sampai didesaru.. .semuanya duduk selonggok di bawah pokok.Aku pun ambilah peluang untuk berkenalan.Respon nampak baik...
Di Desaru semua orang mandi kecuali si Nora ni dia tak mahu mandi laut..aku pelik juga apasal dia tak nak mandi laut.Tanya kat kawannya nanie dia tak mahu jawap..begitu juga dengan budak pompuan yg lain..selepas sisi bergambar dan makan minum kami pun balik dan .bila aku sampai di rumah aku cerita kat kawan kawan serumah..kawan aku cakap...dia datang bulan lah tu..itu pun tak tahu....ooooo ..sememangnya aku tak tahu hal hal orang pompuan nie...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik