nuffnang ads

Jumaat, 3 Jun 2011

Satu Perjalanan Disember 1990

Beberapa hari lagi tahun 1990 akan berlabuh dan tahun 1991 akan memulakan pelayaran.Fikiran masih lagi nak enjoy .Umur dah nak meningkat 22 tahun.Kehidupan masih statik.Mata masih lagi terkebil kebil..mengingatkan kisah lalu...sukar nak tidur..jam menunjukkan 2 pagi.Radio masih bersiaran kisah coretan hati ..juruhebah memutarkan lagu lagu syahdu dan di selang seli dengan kata kata romantis dan puitis..sungguh menusuk kalbu.Kawan kawan semua sudah di buai mimpi ....mimpi indah barangkali...Fikiran melayang mengingat sesuatu yang manis....
Pertengahan bulan disember 1990,pihat syarikat ada membuat rombongan tahunan ke pantai Port Dickson.Sungguh meriah.Aku rasa kawan kawan di kilang Kam & wah ni adalah kawan aku yg terbaik satu kepala ngam.Semuanya enjoy happy .Boss aku rasalinggam aku tengok dia terlebih happy.Semua aktiviti dirakam oleh lenser kamera kodak film sebagai kenangan.
Dengan nora aku cuba nak berkawan rapat dengannya..seperti yg aku katakan dulu ada respon tapi belum lagi nak mesra..berjalan di sepanjang pantai secara berkumpulan..naik bot dan naik kayak..letih tangan aku mengayuh kayak sebab aku je yg pandai kayuh..tapi tak per..ler.. .hehehe....aaaa kali  ni  si nora boleh mandi laut barangkali bulan belum nak datang kat dia.kot..hahaaha. Kawan kawan masa tu belum perasan yang aku minat kat budak nora ni.Minat ni bukanlah bermaksud nak bercinta.Cuma nak berkawan je..aku juga macam orang lain meminati dan diminati..satu perkara yang normal bagi lelaki seusia aku.Kalau lelaki tak minat pompuan itu tidak normal.
Dalam bas aku duduk di belakang dengan kawan kawan yang suka buat bising.menyanyi  lagu slow rock dengan gitar kapuk..zaman tu zaman rock baru nak memuncak.Bela rambut panjang.Jean and jaket.
Bas singgah di Bandar Hilir Melaka untuk berehat dan makan sebelum balik ke johor bahru.Sebelum tu aku dah ambil cuti dan aku ambil kesempatan untuk balik kampung..
Hoi!! bangun,,bangun.. dah pagi..kawan aku mengejutkan aku .radio masih lagi bersiaran..aku bersiap untuk pergi kerja di pagi yang indah ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik