nuffnang ads

Selasa, 19 Julai 2011

Satu Perjalanan Disember 1994-mencari keserasian

Hampir dua bulan aku telah melayari bahtera hidup sebagai suami isteri.Buat masa ini tiada masalah besar.Kalau masam masam muka dan merajuk tu adalah.Kami dalam proses mengenali watak masing masing secara realiti sebagai suami isteri.Dalam proses ini sudah pastilah ada sedikit ketegangan.Ialah kata orang lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.Aku cuba mengelak perkara perkara sensitiv dan menjadi lebih beralah.Aku melayannya dengan baik dan cuba menjadi seorang suami yang baik dan bertanggung jawab.Aku bukan seorang lelaki yang romantik tapi ayang aku adalah seorang yang daring manja manja gitu.

Berita sedih minggu lepas ayang aku tumpah darah munkin kandungan dalam 2minggu.Aku dan ayang memang sedih dengan apa yang berlaku.Kami reda dan menerima takdir dengan seadanya.Bersabar adalah jalan sebaiknya,munkin tiada rezeki dan yang pasti kami akan berusaha lagi untuk mencari zuriat seawal munkin.

Pekerjaaan aku sebagai agent fowarding dan perkapalan di Pasir Gudang memaksa aku pulang lewat kerumah.Adakalanya selewat 1 pagi yang pastinya tiada istilah pulang jam 5 petang.Paling cepat pun pukul 8 malam.Kadang kadang aku menjadi serba salah antara kerjaya dan isteri yang berada di rumah.Ayang aku  bekerja sebagai HR di sebuah kilang di Teberau Sanwa RC.Tapi dia tidaklah balik lewat malam .Jam 6 pm sudah berada di rumah.Lagi aku menjadi serbasalah bila balik lewat malam ayang dah sediakan makanan malam untuk aku.Bila balik dia dah tidur munkin tunggu aku lewat sangat.Walaupun aku dah makan di tempat kerja bila balik rumah lihat ada makanan aku tetap akan makan lagi sekali.
Bagi aku saling faham memahami,toleransi,bersabar dan sanggup berkorban jiwa dan raga adalah kunci kebahagian rumahtangga.Amin ya allah.

7 ulasan:

  1. sabarlah ya..insya-allah nnt Allah kurniakan rezeki lg..jaga isteri elok-elok ya!

    BalasPadam
  2. Balik lewat ada makanan untuk makan malam. Makan sikit untuk jaga hati isteri walapun dah kenyang.

    BalasPadam
  3. tk lah..sememangnya aku suka makan..pantang nampak makanan...balun hehehe

    BalasPadam
  4. best x dah kawen? i cadang next yr nak naik pelamin. seram pulak nk jd wifey org ni. eh,, xde shoutmix ke? mcm xnmpak je..

    BalasPadam
  5. Haha bro tu lagi bagus. Lagi isteri suka, tanda bro suka masakan dia.

    BalasPadam
  6. kawen mmg best ..bergantung pd empunya badan...perlu toleransi dan berkorban jiwa dan raga..dh kawen baru tahu watak sebenar kita dan dia.1 proses yg lama...hahaha

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik