nuffnang ads

Selasa, 12 Julai 2011

Satu Perjalanan Mac 1994

Satu perkara yang tidak pernah di perkatakan dan di ceritakan ialah mengenai salam perkenalan aku dengan seorang gadis yang bernama Mashura.Kisah salam perkenalan bermula sekitar bulan sept  tahun 1993.Pada suatu pagi yang dingin...talipon berdering begitu lama dan tiada siapa yang mengangkat.Deringan menggangu tidur aku...dengan suara baru bangun pagi.....hello nak cakap dengan siapa..kedengaran suara seorang perempuan yang seperti mahu bercakap dengan kawan aku lalu aku memanggil kawan aku....dan aku kembali sambung tidur jam menunjukkan pukul 7 pagi..baru nak letak kepala...tiba tiba kawan aku panggil aku balik....dia nak cakap dengan kau daa....?? siapakah gerangan yang nak bercakap dengan aku pagi pagi ini.
Hello boleh saya tahu siapa disana...hmmm ...saya Mashura...dalam hati setahu aku tiada lagi kawan aku bernama Mashura...tapi tak kisahlah..awek nak berbual aku layan aje...mata menjadi segar.Bermula dari situ aku terus berkawan dengannya dan sering bertanya khabar.Dia berkerja di Sanwa RC yang berhadapan tempat kerja lama aku di KWP.Tinggal di Kg Melayu JB.
Bila dah berkawan tu...mulalah nak aturkan pertemuan.Biasalah mula mula ajak keluar makan dahulu.Tempat makan pertama di sebuah Restauran makannan laut di Pandan.Kali pertama berjumpa orangnya kecil molek dan suka berbual dan bercerita...aku nie sedikit pendiam jadi taklah sunyi sangat bila berjumpa.Aku naik motor masa tu..motor honda raider.Pernah pergi tengok wayang tapi cerita apa aku dah lupa.Pernah juga menonton bola di stadium larkin.Bila masuk ke stadium aku kena baling dengan kacang.Dalam beribu orang kat stadium ada pulak kawan aku iaitu Apai n the gang.Mereka kutuk aku tengok bola bawa awek..Stadium bukan tempat berdating katanya.Nak buat macam mana kalau awek dah minat tengok bola.
Yang menariknya kedua pihak keluarga telah mengetahui perhubngan aku dan Mashura.Pada bulan puasa aku bernah berbuka dirumahnya.Aku tak pergi sendirian aku bawa kawan serumah aku kamal.Aku begitu sopan bila berada di rumahnya.Pijak semut pun tak mati ...hahaha...Sesuatu perkara yang tak pernah aku buat makan di rumah gadis yang aku baru kenali.Mashura juga pernah datang ke kampung aku di Melaka semasa kenduri kawin abang aku selepas seminggu hari raya.Naik bas dari JB dan aku tunggu di perhentian bas di Melaka dan kembali semula ke JB pada hari yang sama.Ini membuktikan sama sama dah suka.Ini gadis pertama yang aku bawa berjumpa dengan abah dan emak.Sebelum ini memang tak ada.Kami menjadi semakin rapat dan terus rapat....tapi masih lagi peringkat mengenal budi hati masing masing. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik