nuffnang ads

Jumaat, 22 Julai 2011

Satu Perjalanan Jun 1995-mud malas

Jam menunjukkan pukul 10.30malam.Ayang sedang mengait membuat alas meja.Dia masih lagi bercuti.Belum buat keputusan untuk berhenti kerja.Kalau bekerja pun ok juga ..simpan duit untuk masa depan.Tapi aku tak paksa terpulang kepada empunya diri.

Pada bulan ini juga aku ada balik kampung di Melaka.Hapi dapat jumpa emak dan abah serta adik.Kalau masa solo dulu paling tidak 2 bulan sekali aku balik kampung...pantang ada cuti pasti aku balik kampung.
Tapi sekarang kena bahagikan masa .Bagi aku selagi ada emak dan abah aku akan tetap mengjengoknya.
Kena bijak membahagikan masa antara keluarga aku dan keluarga ayang.
Selepas 2 hari di Melaka aku pergi ke Puchung Selangor menghadiri kenduri kawen sepupu ayang aku.Tidur semalam disana.Naik kereta Mertua yang singgah sebentar di kampung aku.Sampai disana aku tolonglah buat apa yang patut.Pada hari majlis ...lepas tengahhari aku mengular dengan biras aku Paidi berjalan di kawasan sekitar dan window shoping di Makro.
Masa tu belum ada hanphone lagi.Akibatnya ramai yang tercari cari aku dan biras aku.Kena bebel .... pok pek pok pek ..kalau di pikirkan kembali memang patut pun aku kena bebel .....orang lain sibuk menolong kenduri kawen aku dan biras menghilangkan diri.Lepas asar aku & ayang bersama mertua pulang ke JB dan singgah sebentar di kampung aku.Badan terasa penat.Besok hari isnin aku akan bekerja seperti biasa......

2 ulasan:

  1. Haha mengular ke Makro. Ha ler masa tu telefon bimbit belum popular. Saya ingat lepas waktu tunggu SPM, baru ada muncul telefon bimbit. Tahun 1996 tak silap.
    Sekarang Makro dah takde. Huhu kenangan :)

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik