nuffnang ads

Selasa, 23 Ogos 2011

Hari Raya +Jalan Raya =Pusara tidak bertanda???

Hari raya adalah hari kita bergembira dan bersukaria.
Bagi perantau inilah masanya mereka bercuti panjang pulang ke kampung halaman.
Samaada naik bas atau kenderaan sendiri yang pastinya mereka akan melalui jalan raya atau lebuh raya.

Bila semua cuti serentak akibatnya jalan raya akan sesak dengan tujuan yang sama iaitu pulang ke Kampung.

Mengikut statastik jabatan polis jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian di musim perayaan adalah 18 kematian sehari.
Kalau dikalikan dengan 30 hari jumlahnya lebih kurang 540 kematian.Dengan jumlah kematian yang ramai ini masyarakat seperti tidak merasa kuatir tapi kalau wabak penyakit dengan jumlah kematian yang sama seperti itu tentulah orang ramai akan panik.
Jumlah kematian di jalan raya di negara kita untuk setahun adalah lebih dari 6000 orang menyamai 12 pesawat boeing 747.Bayangkan kalau 1 pesawat boing terhempas setiap bulan di negara kita.Seluruh Dunia akan panic dan simpati kepada penumpang pesawat yang terhempas.

Kepada pengguna jalan raya memandulah secara berhemah,bersabar dan bertanggung jawab.Ingat orang tersayang yang sedang menanti anda di rumah.

7 ulasan:

  1. Takleh kata apa. Penting sabar apabila memandu.

    -wina1979-

    BalasPadam
  2. kalau kita sama2 berwaspada ketika memandu InsyaAllah semuanya selamat...

    BalasPadam
  3. gerun tiap kali nengok berita mesti ade berita kemalangan...huhuhu

    BalasPadam
  4. wina,shera,syurapmasin,soly
    ya kita kena bersopan dijalan raya

    BalasPadam
  5. kalau satu pesawat boeing terhempas tetiap bulan.. itu dah kena selidik dari pelbagai sudut kenapa boleh jadi macam tu..

    berhati-hatilah sepanjang perjalanan pergi dan balik berhari raya bertemu keluarga dan sanak saudara..

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik