nuffnang ads

Rabu, 17 Ogos 2011

Raya anak dulu dan anak sekarang

Raya anak anak zaman dulu iaitu tahun 50an.Zaman abah dan emak aku.Aku rasa memang dinanti nantikan oleh kanak kanak kerana pada hari raya sahaja biasanya dapat makan yang sedap sedap contohnya makan daging dan ayam.Pakaian ikut kemampuan keluarga pada zaman tersebut.Kebanyakannya tiada baju baru.Duit raya kalau raya rumah orang berduit memang dapatlah..rasanya 1 sen -5sen kot.Mercun aku tak pasti tapi meriam buluh memang stu kemestian.Walaupun serba kekurangan ia tetap meriah dan sering di nanti nantikan ketibaannya.

Zaman aku menjadi kanak kanak tahun  80an.Hari raya masih dinanti nantikan.Selain dapat makan ayam dan daging dapat juga kumpul duit hasil pungutan duit raja.Malam raya@mantai di kampung aku biasanya setiap rumah akan ada kenduri dan Pak Imam akan bertakbir pergi ke setiap rumah.Biasanya tuan rumah akan beri sedekah dalam bentuk duit dalam 10sen-50sen.Kalau ada 30 buah rumah alamatnya memang kembunglah perut sebab kena makan.Menu biasanya nasi ,lemang , ketupat rendang ayam dan daging.Pukul 2 pagi baru tamat.
Pakaian raya biasanya ada 1 atau 2 pasang berserta dengan kasut.Keghairahan untuk berhari raya memang seronok setiap malam mesti di cuba kasut baru dan lihat pakaian didalam almari seakan tidak sabar untuk diperlihatkan kepada kawan kawan.Meriam buluh dan mercun masih ada lagi.

Anak anak abad 21 aku lihat keghairahannya dah berkurangan.Kalau beli baju raya pun nampak macam biasa biasa saja.Takder lah tengok atau nak cuba pakai macam aku dulu.Mungkin dah kerap kali beli baju baru. Lauk ayam dan daging dah tak pandang .Mungkin dah kerap kali makan lauk ayam dan daging.Kalau pergi rumah saudara mara masa umur bawah 12th dia akan ikut tapi kalau dah remaja
susah nak ikut.
Mercun dan meriam buluh sudah jadi barangan larangan sebab banyak yang putus jari kerana terlalu kreativ.

10 ulasan:

  1. betol tu..dulu budak2 dapat duit saya sekupang dua pun ok je..skrag, paling busuk pun 50sen tu pun dah kena cebik

    BalasPadam
  2. Memang berbeza. Budak2 skarang dh kenal nilai duit. 1posen nak bli ais krim pun xlpas. hehe

    BalasPadam
  3. dulu tak macam skg dh...dulu lg meriah...mybe sbb sy dh besar kot..heeee

    BalasPadam
  4. jauh sangat bezanya..
    budak2 sekarang tak pandang dah duit syiling, RM1 lagiler.. RM2 tu pun dah sikit bagi dorang.. tapi takdelah nak layan sangat kerenah budak2 ni, nanti tetiap tahun nak jumlah yang sama dorang dapat.. kalau kurang nanti depan2 kita dia ungkit..

    BalasPadam
  5. skang dah tak meriah..semua sebok tengok tv pg2 raye..dah taknak join famili beraya

    BalasPadam
  6. ya...memang berbeza...

    budak2 sekarang neh terlebih advance...xmcam kita dlu....excited nak raya...heheh

    mb bdk2 sekarang semakin cerdik..ehhe

    BalasPadam
  7. betul.. dulu dan sekarang mmg lain. :)

    selamat hari raya. :D

    BalasPadam
  8. dulu lain skrg lain.

    mungkin zaman skrg ni terlalu byk program kat tv tu..

    so budak2 ni rasa malas nak beraya.

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik