nuffnang ads

Rabu, 11 Januari 2012

Berjalan kaki ke Mekah



Gambar-JEKSON Gomes memulakan perjalanan dari Masjid Nurul Anhar, Padang Barat, Padang, Sumatera Barat.


PADANG – Seorang pendakwah di Kota Padang, Sumatera Barat nekad untuk ke Arab Saudi dengan berjalan kaki selepas dua tahun mengimpikan mahu menunaikan haji.
Dengan hanya bermodalkan peta dan sedikit wang, Jekson Gomes alias Muhammad Alif menetapkan sasaran untuk tiba di tanah suci Mekah dalam tempoh 10 bulan.
Lelaki berusia 38 tahun itu, yang merupakan pendakwah dari masjid ke masjid, mengaku sudah membuat persiapan sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, antara persiapannya ialah mempelajari peta-peta negara yang bakal dilaluinya selain rutin bersenam.
Perjalanannya dimulakan pada Jumaat lalu dari Masjid Nurul Anhar, Padang Barat, Padang.
“Saya menetapkan sasaran untuk berjalan sejauh lapan kilometer dalam tempoh satu jam dan hanya berehat selama dua jam dalam sehari,” kata.

bilapahatberbunyi:-semoga selamat sampai

4 ulasan:

  1. assalamualaikum abghani...fuyoo jauhnya die akan berjalan kaki...moga semuanya selamat dlm perjalanan dan berjaya sampai ke Mekah...:)

    BalasPadam
  2. agaknya dia akan mulakan berjalan di malaysia ni melalui mana ye?mcm mana pun tetap kena naik feri jugak dari sana nak kesini

    BalasPadam
  3. nak komen apa pun dah teri dah... saja nak menyusahkan diri...

    BalasPadam
  4. kesian kan..mungkin dia xde duit nak naik kapal terbang..mudah-mudahan selamat sampai. Allah akan bersama..nak2 lagi pergi ke tanah suci

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik