nuffnang ads

Rabu, 4 Januari 2012

Diari Mahkamah 2011-Kes VIP



VIP mewarnai kamar mahkamah
BEKAS Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta empat tahun lepas.
SEPANJANG tahun ini, beberapa kes mahkamah berjaya menarik perhatian ramai seperti perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, kes liwat membabitkan k Seri Anwar Ibrahim serta kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik.
Seorang lagi bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pula merupakan antara pemimpin-pemimpin politik yang dihadapkan ke mahkamah pada tahun ini.
Kontroversi berhubung kematian bekas Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya dirumuskan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja sebagai membunuh diri manakala Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed.
Mahkamah Persekutuan juga memutuskan bahawa rayuan terhadap penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi kes klip video kontroversi yang melibatkan peguam terkenal Datuk V.K. Lingam tidak boleh disemak semula.
Perubahan turut berlaku pada badan perundangan negara ini apabila Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi bersara wajib dan digantikan dengan Tan Sri Arifin Zakaria sementara Tan Sri Md. Raus Sharif dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff yang bersara awal.

bilapahatberbunyi:-berani buat berani tanggung

3 ulasan:

  1. bangkai gajah takkan dpt ditutup dgn sehelai daun, tutplah mcmana pun, kebenaran akan terbukti..tak gitu?

    BalasPadam
  2. kalau terlepas dunia, belum tentu terlepas di sana...

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik