nuffnang ads
Rabu, 25 Januari 2012
Sedapnya Masakan IBU
Jalan jalan cari makan.Banyak tempat telah kita pergi
untuk mencuba makanan di tempat kita singgahi.
Dari warung,restoran dan hotel hotel .
Semua makanannya telah kita cuba.Di akui memang sedap kesemuanya tapi semua makanan itu tidak mempunyai roh...jiwa atau dalam bahasa lainnya kita tidak merindui
masakan tersebut.
Tidak sama dengan masakan ibu.Walau dimana kita berada
kita akan merindui masakan ibu kita.
Air tangan masakan ibu telah meresapi setiap sudut di badan kita.Samaada ibu kita masih hidup atau tiada lagi kita tetap akan merindui masakan ibu.Itu lah kehebatan masakan ibu yang mempunyai roh...jiwa didalam masakannya dan juga keikhlasan ibu memasak untuk anak anaknya.
Salah satu sebab kenapa kita balik kekampung selain menziarah ibu adalah kerana kita merindui masakan ibu.Biasanya ibu akan seupayanya masak untuk anak anak.
Aku akan terus merindui masakan ibu selagi hayat di kandung badan.
Aku risau dimasa kini atau dimasa akan datang bila suami isteri bekerja mereka tidak punyai masa memasak untuk anak anak mereka.Semua di masak olih orang gaji dan jika makan di luar di masak olih tukang masak warga asing atau makan di mc dee ,kfc yang tukang masaknya muda mudi.Sudah pastinya air tangan mereka ini akan meresap di urat saraf anak anak kita.Dan sudah pastinya mereka akan terus makan di luar bila dewasa nanti........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
masakan mak adalah yang terbaik..dari kecik sampai besar kita duk rasa apa yang mak masak..yang tak sedap bagi orang lain tapi yang tu paling sedap bagi kita kan?? :)
BalasPadamMasakan ibu tiada tolak bandingnya..
BalasPadamsentiasa rindukan siput sedut masak lemak mak...
Padammasakkan ibu memang best!!
BalasPadam