Makanan ringan berbahaya
LONDON - Kajian terbaru mendapati makanan ringan bukan sahaja merosakkan gigi dan menambah berat badan tetapi ia turut merosakkan otak.
Ini berikutan bahan kimia lemak trans yang ditemui dalam makanan berminyak dan makanan yang diproses, menghantar isyarat bercampur serta merosakkan otak.
Keadaan itu menyebabkan keupayaan otak untuk mengawal selera makan berkurangan.
Penyelidik dari Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, Gene Bowman berkata, pada dasarnya, dengan makan makanan ringan, otak lama-kelamaan semakin tidak berupaya dan tidak sedar apa yang telah dimakan dan membuatkan seseorang itu terus lapar dan makan.
‘‘Ia jelas lemak trans tidak baik untuk jantung dan otak,’’ katanya.
Kerosakan otak merupakan perkara terbaru dalam senarai masalah kesihatan yang berlaku ekoran pemakanan lemak trans atau lemak tidak tepu.
Walaupun, kajian Bowman agak terhad kepada responden di kalangan golongan berumur berkulit putih di Oregon, tetapi ia disokong oleh kajian-kajian sebelum ini yang mengutarakan perbezaan kesan makanan ringan yang sedap dan tidak sedap.
Restoran di New York dan Switzerland mengharamkan hidangan makanan yang mengandungi lemak trans. – AGENSI
terinagt masa dulu2..kat skolah jgn mimpilah kantin boleh jual keropok..tapi sekrang tak tau lah
BalasPadamdulu selalu jewk makan makanan ringan..
BalasPadamhehehe
saya jarang makan keropok2 ni..
BalasPadamerkkk... tak bleh nak makan la lepas ni....
BalasPadam