Siakap senohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Lama lama jadi pencuri.
Ini adalah pantun warisan berbentuk nasihat dari generasi ke generasi.
Jangan sekali kali kita atau anak anak belajar berbohong kerana dari situlah
akan bermulanya seseorang akan menjadi pencuri dan perompak.
Kalau kita ikut perkembangan politik negara ada di kalangan pemimpin politik
suka bercakap bohong atau menjanjikan sesuatu tetapi tidak di tunaikan.
Suka berbohong jika kesilapannya di ketahui olih orang ramai.Cuba kita fikirkan jika
pemimpin yang suka menipu ini menjadi pemimpin negara....rasanya habis khazanah negara di rompaknya.
Pilihlah pemimpin yang bersih dan juga kelihatan bersih.Begitulah juga dalam kehidupan kita seharian jangan kita suka berdusta,berbohong dan menipu.Hidup kita tidak akan selamat didunia dan diakhirat kalau kita selalu berdusta.
Kita tidak akan rugi jika kita berbaik sesama insan.
sekali berbohong, sampai bila pun orang susah nak caye kan??
BalasPadamassalamualaikum abghani...sekali dah berbohong pd orang pasti org lain tidak akan percaya pada kita lg...oleh itu elakkanlah dr berckp bohong selalu...;)
BalasPadambohong dan dusta...hanya janji manis ja...huwawa...
BalasPadammoga kita jauh dr sikap bercakap bohong..;)
betul tu..
BalasPadam