nuffnang ads

Jumaat, 3 Februari 2012

Pengasas Kereta Toyota

KIICHIRO TOYODA

BELIAU ialah pengasas syarikat pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota Motor Corporation pada 1937.

Usahawan Jepun yang dilahirkan pada 1894 ialah anak kepada Sakichi Toyoda, pemilik syarikat Toyoda Automatic Loom Works yang terbabit menghasilkan mesin tenun automatik.

Kiichiro telah membuat keputusan untuk mengubah syarikat itu menjadi pengeluar kenderaan dengan kereta pertama yang dihasilkan adalah Toyoda Standard Sedan AA.

Bagaimanapun, selepas mengeluarkan kereta itu, nama Toyoda yang bermaksud sawah padi yang subur tidak lagi digunakan kerana tidak mahu dikaitkan dengan aktiviti pertanian cara lama.

Sebaliknya, Kiichiro memilih nama Toyota yang dipilih setelah syarikat itu menganjurkan satu pertandingan bagi mencari nama baru.

Nama Toyota yang disifatkan lebih sedap untuk disebut turut dikaitkan dengan maksud membawa kekayaan dan tuah.

Pada 1947, di bawah kepimpinan beliau, Toyota telah mengeluarkan kereta dan trak bersaiz kecil iaitu Toyopet SA, Toyopet SB, Toyopet Stout dan Toyopet Crown.

Kiichiro meletak jawatan pada 1950 dan meninggal dunia pada 1952 ketika berusia 57 tahun.

Setelah kematiannya, segala pengurusan syarikat diambil alih oleh Taizo Ishida dari 1950 hingga 1961 dan Fukio Nakagawa dari 1961 hingga 1967. Ketika pengurusan mereka, kenderaan keluaran Toyota telah memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS).

Pada 1967, pengurusan syarikat diambil alih oleh sepupu Kiichiro, Eiji Toyoda. Beliau memegang jawatan Presiden dari 1967 hingga 1981 dan Pengerusi dari 1981 hingga 1994.

Eiji yang merupakan seorang jurutera telah melakukan rombakan secara menyeluruh dengan meniru kaedah pengeluaran kereta secara besar-besaran yang dipelopori syarikat Ford di AS.

Antara model kereta yang dikeluarkan pada zamannya ialah Toyota Corolla dan Lexus.

esok kereta mercedes-Benz lak.

1 ulasan:

  1. assalamualaikum abghani...moga sentiasa akan ada model kete2 toyota yg baru lg nanti...:)

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik