nuffnang ads

Isnin, 6 Februari 2012

Pengasas Kereta HONDA

BELIAU yang dilahirkan di Hamamatsu, Jepun pada 1906 ialah pengasas Honda Motor Company Limited.

Beliau menghabiskan zaman kanak-kanak dengan membantu bapanya yang membuka bengkel membaiki basikal.

Pada usia 15 tahun tanpa sebarang pendidikan formal beliau berhijrah ke Tokyo untuk belajar sambil bekerja selama enam tahun sebagai mekanik kereta sebelum kembali ke kampung halaman untuk membuka perniagaan membaiki kereta sendiri pada usia 22 tahun.

Pada umur 31 tahun, beliau mula mereka bentuk gelang omboh untuk digunakan di dalam enjin kecil dengan niat untuk menjualnya kepada syarikat Toyota.

Reka bentuk itu kemudiannya ditolak oleh Toyota sehingga menyebabkan beliau terpaksa menghasilkan reka bentuk baru. Beliau mengikuti kelas kejuruteraan secara sambilan bagi mendapat idea-idea baru untuk menghasilkan gelang omboh itu.

Dana yang digunakan bagi membiayai pengajiannya dan membuat reka bentuk baru adalah hasil daripada wang gadaian barangan kemas milik isterinya, Sachi Honda.

Setelah berusaha selama dua tahun, beliau akhirnya memenangi kontrak untuk menghasilkan gelang omboh untuk Toyota.

Bagaimanapun syarikat pengeluar gelang omboh itu musnah dalam satu kejadian gempa bumi. Berikutan kekurangan dana, syarikat itu terpaksa dijual kepada Toyota.

Beliau kemudiannya bangkit kembali dengan menubuhkan Institut Penyelidikan Teknikal Honda yang berperanan mereka bentuk enjin motosikal.

Pada 1948, ketika berusia 42 tahun, beliau secara rasmi menubuhkan Honda Motor Company Limited dengan memegang jawatan Presiden. Produk pertama yang dihasilkan adalah motosikal Honda Cub.

Sejak itu, perniagaan syarikat itu berkembang pesat dengan pendapatan berbilion dolar. Pada 1964, syarikat itu menjadi pengeluar terbesar motosikal dunia mengatasi syarikat Triumph dan Harley-Davidson.

Pada 1963, syarikat itu telah mengeluarkan trak kecil T360 dan kereta sport S500.

Soichiro bersara pada 1973 ketika berusia 67 tahun. Bagaimanapun, sehingga akhir hayat, nasihat beliau sentiasa diberi perhatian oleh pihak pengurusan syarikat.

Selepas bersara, beliau memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan menerusi Yayasan Honda. Beliau dan isteri, Sachi turut menghabiskan masa lapang dengan memandu kapal terbang, bermain ski dan mengembara dengan belon udara panas.

Beliau yang diiktiraf sebagai ‘Henry Ford Jepun’ meninggal dunia pada 1991 ketika berusia 84 tahun.

esok kereta Proton laaa...

4 ulasan:

  1. dkna pernah pakai honda..tapi yang 2nd hand jer :p

    BalasPadam
  2. Belum pernah pakai kereta honda lagi..motosikal honda cup bolehlah..

    BalasPadam
  3. teringat la pulak kat honda ex5 ku yg hilang 5 tahun dulu..

    BalasPadam
  4. akku pakai honda ex5... bangga... hins hins hinsss....

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik