nuffnang ads

Selasa, 7 Februari 2012

Pengasas Proton

TARIKH 7 Mei 1983 tersemat di ingatan rakyat Malaysia apabila kerajaan menubuhkan syarikat kereta nasional pertama di negara ini, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton).

Matlamat penubuhan Proton adalah untuk mengeluar, memasang dan menjual kereta jenama Malaysia serta produk-produk yang berkaitan seperti alat ganti, aksesori dan komponen-komponen lain.

Dua tahun selepas menjalani pelbagai eksperimen - bermula daripada sekecil-kecil komponen hinggalah kepada pandu uji - maka lahirlah kereta pertama kebanggaan negara yang dinamakan sebagai Saga pada 9 Julai 1985.

Semangat, aspirasi serta rasa bangga pengasas Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu meresapi minda rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar untuk memandu kereta jenama tempatan.

Saga menjadi anak sulung Proton yang kemudiannya melahirkan beberapa model baru iaitu Iswara, Satria, Tiara, Wira, Putera, Perdana, Satria GTi, Perdana V6, Waja dan yang terbaru Persona.

Lebih membanggakan apabila 'anakanak' Proton dibawa dengan megahnya menjenguk arena antarabangsa dan singgah di negara-negara seperti United Kingdom, Australia, Mauritius, Afrika Selatan, Mesir, Singapura, Iran, Indonesia, Taiwan, Pakistan, Turki, Thailand dan banyak lagi.

Itulah sejarah ringkas Proton yang kini telah mengeluarkan ratusan ribu kenderaan mampu milik untuk kegunaan rakyat Malaysia

5 ulasan:

  1. rsnya ms tu Dr Mahathir punya idea kut kalau x salah? sy kecik lg ms tu..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum abghani...bangga jadi anak Malaysia yang punyai kereta buatan sendiri...:)

    BalasPadam
  3. sy bangga pakai kereta malaysia walaupun ada yg x suka..heheheh

    BalasPadam
  4. memang banngge tapi lebih minat perodua kot hehe

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik