nuffnang ads

Sabtu, 4 Februari 2012

Pengasas Mercedes-Benz

KARL FRIEDRICH BENZ

BELIAU ialah pengasas sebuah lagi syarikat pengeluar kereta di Jerman, Mercedes-Benz pada 1886. Syarikat itu terlibat menghasilkan kereta, bas dan trak.

Beliau yang dilahirkan pada 1844 adalah jurutera yang berkemahiran dalam mereka bentuk enjin kenderaan. Tokoh ini juga diiktiraf sebagai orang pertama di dunia yang mencipta enjin yang digerakkan dengan menggunakan bahan api petrol.

Ketika berusaha menghasilkan kenderaannya yang pertama, beliau sering diejek oleh orang ramai kerana dianggap gila untuk menghasilkan kereta yang ‘tidak ditarik oleh kuda’.

Kenderaan pertama yang dikeluarkan syarikat itu adalah Benz Motorwagen yang mempunyai tiga tayar dan digerakkan menggunakan enjin petrol. Kenderaan itu telah diedarkan oleh sebuah syarikat lain iaitu Daimler Motoren Gesellschaft.

Beliau bersara pada 1906 dan meninggal dunia pada 1929 ketika berusia 84 tahun.

Pada 2011, sebuah drama mengenai kisah hidup beliau dan isteri, Bertha Benz turut ditayangkan di Jerman.

esok kereta BMW lak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik