Aishwarya Rai lahir bayi perempuan
Bekas Ratu Cantik Dunia yang juga pelakon terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan (gambar) selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan di sebuah hospital swasta Seven Hills di sini, hari ini.
“Saya kini bergelar datuk kepada seorang bayi perempuan yang comel,” kata pelakon veteran, Amitabh Bachchan yang juga bapa mertua aktres jelita itu menerusi laman Twitternya.
Katanya, Aishwarya dimasukkan ke hospital tujuh bintang itu pagi semalam diiringi ibu bapanya, Vrinda dan Rai Krishnaraj; abangnya, Aditya; suaminya, Abishek serta ibu mertuanya, Jaya.
“Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, Tuhan mempunyai caranya tersendiri dan ia merupakan anugerah yang istimewa daripadanya,” kata aktor itu.
Menurut satu sumber, Aishwarya dilapor menjalani pemeriksaan pada malam Sabtu dan petang Ahad lalu di hospital Seven Hills yang terletak di pinggir bandar Andheri, di sini.
“Kami sekeluarga berkumpul untuk menantikan detik kelahiran bayi tersebut dan ia merupakan kegembiraan terbesar bagi saya,” kata Amitabh.
Katanya, dia turut menerima ucapan tahniah dari seluruh dunia untuk Aishwarya.
Aishwarya 37, berkahwin dengan Abhishek, 35, pada April 2007.
umur dia dah byk kan...pregnant lewat ni byk risiko...
BalasPadamharap2 semua berjalan lancar
dan harap2 byk ikut gen Aisy dr Abish...hehe
mak lawa, anak mesti la lawa
BalasPadam