nuffnang ads

Jumaat, 11 November 2011

PKR buat kajian dan keputusannya Najib lebih popular daripada Anwar.




INI kisah kaji mengkaji. Perihal kajian (survey) yang dibuat oleh PKR di kalangan pengundi di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor dan dapati bos depa kalah dari segi populariti kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lagi best, Anwar bukan saja tidak digemari golongan muda, tetapi juga pengundi wanita.
Hasil kajian tersebut disiarkan oleh portal The Malaysian Insider yang mengatakan Najib dilihat positif oleh 53 peratus pengundi berbanding 38 peratus melihatnya secara negatif.
Sebahagian besar sokongan bagi Najib datang daripada komuniti Melayu — sekitar 71 peratus melihatnya secara positif.
Pengundi-pengundi di Johor, kubu kuat Barisan Nasional (BN), menyokong kuat Presiden UMNO itu dengan 61 peratus melahirkan sokongan positif. Ia disusuli dengan sokongan di Perak (52 peratus), Selangor (49 peratus) dan Kuala Lumpur (47 peratus).
Berbanding Najib, Anwar mencatatkan sokongan positif daripada 40 peratus pengundi manakala 48 peratus melahirkan pandangan sebaliknya ke atas Ketua Umum PKR itu.
Hanya 32 peratus pengundi Melayu memihak kepada kepimpinan Anwar, bekas Timbalan Presiden UMNO. Sebanyak 61 peratus pengundi tidak mempamerkan sokongan memihak kepada beliau.
Pengundi-pengundi wanita nampaknya tidak memihak kepada Anwar dengan sebanyak 53 peratus berkata demikian berbanding 47 peratus pengundi menyokong kepimpinan beliau.
Dalam pada itu paras kaum wanita Melayu yang tidak menyokong kepimpinan Anwar lebih tinggi iaitu 69 peratus.
Bagaimanapun Anwar mempunyai sokongan positif di kalangan pengundi Cina dengan 43 peratus melahirkan pendirian demikian.
Anwar juga diterima dengan baik di negeri pimpinan Pakatan Rakyat — Selangor dan juga Kuala Lumpur (44 peratus) berbanding di Perak (38 peratus) dan Johor (35 peratus).
Anwar popular di kalangan mereka berusia 40 tahun dan ke atas (43 peratus) manakala Najib pula di kalangan mereka berumur 30-39 tahun (55 peratus).
Sementara Anwar popular di kalangan siswazah dan bukan siswazah, masing-masing 42 dan 40 peratus, Najib pula disambut baik oleh bukan pemegang ijazah (61 peratus).
Kajian itu juga menekankan bahawa Anwar boleh menaikkan imej sebagai seorang pemimpin yang tegas dalam membuat keputusan dengan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan kebolehan memahami isu-isu ekonomi untuk berhadapan dengan "penerimaan secara permukaan" ke atas kepimpinan Najib.
Bekas menteri kewangan itu mencatatkan sokongan dalam ketiga-tiga aspek itu berbanding Najib.
Kajian itu dikendalikan antara 22 Ogos dan 15 September lalu di kalangan 1,000 pengundi di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor.-11/11/2011








bilapahatberbunyi: nampaknya cerita positif DS Najib mendahului..Thumb Up




sumber berita dari agenda daily.com

1 ulasan:

Ulasan dari Blogger terbaik