nuffnang ads

Khamis, 17 November 2011

Peninju Joe Frazier dalam kenangan




Peninju pertama tumbangkan Ali

“SAYA akan mengingati Frazier dengan penuh rasa hormat dan mengagumi kehebatannya sepanjang hayat.’’ Demikian kenyataan pendek musuh peninju dunia, Joe Frazier, 67, Muhammad Ali berhubung kematian legenda itu baru-baru ini.
Kematian Joe disebabkan kanser hati itu diumumkan keluarganya sendiri selepas legenda itu disahkan menghidapi penyakit itu September lalu dan diletakkan di bawah seliaan hospital beberapa hari sebelum tarikh kematiannya.
Tiga pertemuan dalam gelanggang tinju tumpuan ramai itu cukup menjadikan Frazier dan Ali sebagai ikon tinju dunia yang tiada tolok bandingnya.
Trilogi pertembungan dua gergasi sukan yang menjadi fenomena suatu ketika dulu bermula pada tahun 1971 di arena tersohor, Madison Square Garden. Bahkan, ia dilabel sebagai Perlawanan Abad Ini.
Menerusi aksi sulung mereka itu, Ali, ditumbangkan oleh Frazier selepas mengharungi 15 pusingan getir dan seterusnya menjadikan Frazier sebagai peninju pertama menewaskan Ali.
Memori 40 tahun dulu itu sentiasa segar dalam ingatan ketika hayatnya. Ia disuarakan Frazier sendiri beberapa bulan sebelum kematiannya apabila beliau berbicara tentang kehidupan, karier dan hubungannya dengan Ali.
“Ke mana sahaja saya pergi, saya tidak boleh untuk tidak bercakap soal kemenangan itu, ia merupakan perkara terbaik pernah terjadi dalam hidup saya,” kongsi Frazier jujur kepada pemberita The Associated Press (AP).
Dengan jolokan Smokin’ Joe, kemenangan epik itu membuatkan nama Frazier disebut-sebut sebagai seteru utama Ali, malah sehingga akhir hayat Frazier pun, beliau masih tidak boleh lari daripada bayangan Ali.




bilapahatberbunyi:-Ingat lagi masa sekolah rendah cikgu panggil semua murid masuk bilik dlm 100 murid masuk bilik TV nonton perlawan tinju Muhamad Ali dan Joe Frazer.

3 ulasan:

  1. apa motif cikgu sekolah bawak masuk anak murid tgk tinju?

    BalasPadam
  2. salam;
    sbb mungkin masa tu seluruh dunia tertumpu pada perlawanan tu tak terkecuali negara kita..

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik