5 minit ubah segala-segalanya
Harapan beraksi pada Sukan Olimpik 2012 mungkin sudah terkubur buat skuad bawah 22 tahun negara selepas tumbang 2-3 kepada Bahrain walaupun kemenangan bagaikan semakin berada dalam genggaman Malaysia apabila mendahului 2-0 ketika permainan hanya tinggal 12 minit untuk ditamatkan.
Entah apa yang tidak kena, skuad negara gagal menahan asakan bertali arus Bahrain yang berjaya mendapatkan tiga gol dalam tempoh lima minit melalui pemain gantian Bahrain, Saad Sazah Azamer pada minit ke-79 dan dua jaringan lagi oleh Isa Ahmed Nayem, minit ke-83 dan 84.
Ketiga-tiga gol itu telah meruntun semangat 30,000 penyokong negara yang tidak percaya melihat skuad bimbingan Ong Kim Swee itu membenarkan lawan memperoleh ketiga-tiga gol biarpun kekurangan seorang pemain, Fahad Tareq Showaiter yang dilayangkan kad merah pada minit ke-60.
Barisan pertahanan negara jelas bermain terlalu buruk pada detik 15 minit perlawanan untuk ditamatkan dengan banyak memberikan ruang kepada Bahrain di samping tindakan bijak jurulatih Bahrain, Salman Shareeda memasukkan dua pemain gantian, Saad Sazah dan Isa Ahmed yang banyak membuatkan pertahanan Malaysia hilang arah di samping faktor kepenatan memainkan peranan kebangkitan Bahrain.
Dengan kekalahan itu, skuad negara kini mungkin boleh melupakan aksi di Sukan Olimpik 2012 London selepas tewas buat kali ketiga berturut-turut dan menduduki tangga tercorot Kumpulan C tanpa sebarang mata manakala Bahrain memastikan peluang mereka masih terbuka dengan memperoleh tiga mata berharga di sini.
Dalam satu lagi perlawanan, Jepun yang kini semakin unggul di tangga teratas kumpulan dengan sembilan mata apabila menundukkan Syria dengan keputusan 2-1 di Stadium Antarabangsa Tokyo manakala Syria kekal dengan enam mata.
Malaysia sebelum itu bermain dengan penuh bergaya terutama pada separuh masa pertama apabila mendahului melalui Mohd. Nazmi Faiz Mansor pada minit ke- 30 hasil sepakan jarak jauh yang menakjubkan.
Mahalli Jasuli memastikan Malaysia semakin tepat berada di landasan kemenangan pada mulanya apabila memanfaatkan kesilapan penjaga gol Bahrain, Ashraf Waheed Azsebaie yang gagal menangkap kemas percubaan awal pemain bek kanan itu sebelum merembat cantik untuk gol kedua pada minit ke-67.
Namun, ketika kem Malaysia menjangkakan kemenangan sudah berpihak kepada mereka, Bahrain bangkit tanpa disangka pada 10 minit terakhir perlawanan bermula dengan jaringan tidak diduga Saad Sazah menerusi sepakan gunting sehinggakan Khairul Fahmi Che Mat tergamam tidak berbuat sebarang tindakan menyelamat percubaan berkenaan.
Isa Ahmed yang juga menjadi pemain terbaik perlawanan pada malam tersebut memastikan Malaysia berputih mata dengan dua gol, satu menerusi percubaan mudah dalam kotak penalti pada minit ke-83 sebelum dua minit kemudian, dia menjadi wira pasukan apabila percubaan melalui sepakan percuma memastikan Bahrain pulang selaku pemenang.
Aksi seterusnya Malaysia selepas ini ialah berhadapan Bahrain sekali lagi di tempat lawan pada 5 Februari 2012.
bilapahatberbunyi-Bola itu bulat
hmmm..ithulah..teruk kowt perlawanan msia nak last2 tue!
BalasPadamterima kekalahan dan berlapang dada..
BalasPadamcian harimau muda...
BalasPadamAiee...benarkah Harimau Muda akan berlawan sekali lagi dgn Bahrain di tmpt mereka pada 5 Februari 2012? Alamak lama nye!!! Adakah pemain yg terkenal seperti Nazmi, Fahmi, Baddrol, Mahali, Fadhli, Fakri akan bermain lagi? Sedihnya terpaksa tunggu sampai 5 Feb.....huhu :(
BalasPadamkb tak tgk pun.. lau tgk mesti sedih.. :(
BalasPadam