nuffnang ads

Khamis, 5 Januari 2012

Info pengguna

Suami isteri batal pembelian perabot, wang dipulangkan
APABILA berkunjung ke pameran perabot yang mengetengahkan koleksi perabot terkini, sudah tentu ramai pengguna akan 'rambang mata' melihat pelbagai pilihan yang dipamerkan di situ.
Kadangkala seseorang pengguna sudah berkenan lalu memesan perabot di sebuah syarikat perabot, tetapi menukar fikiran selepas mendapati sebuah syarikat perabot di pameran yang sama memberikan tawaran yang jauh lebih menarik.
Sebagai pengguna, adakah anda berhak membatalkan resit yang baru dibuka oleh pemilik syarikat terdahulu kerana berkenan dengan tawaran syarikat perabot yang lain?
Jawapannya, boleh jika tiada sebarang kontrak yang mengikat pembelian itu dan sekiranya perabot tersebut masih belum ditempah oleh pihak peniaga.
Itulah pengalaman yang dialami oleh pasangan suami isteri, M. Viruthasalam Pillai, 51, dan P. Chandra Kumari, 48, pada April lalu apabila mereka membatalkan pesanan sofa berharga RM2,200 selepas 30 minit pesanan dibuat di sebuah syarikat perabot yang menyertai pameran perabot di ibu negara.
Akibat keengganan syarikat perabot E. T. Furniture Sdn. Bhd. memulangkan wang yang dibayar menggunakan kad kredit milik Viruthasalam, mereka memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Tingkat 16, Putra Place, Jalan Putra, Kuala Lumpur.
Ketika kes itu didengar di hadapan Presiden TTPM, Quaik Chong Yu, beliau mendapati pesanan tersebut tidak disertai sebarang kontrak, selain spesifikasi perabot tidak lengkap.
Oleh itu, Chong Yu menolak hujahan wakil syarikat perabot tersebut yang mendakwa pihaknya mengalami kerugian kerana beliau mendapati tiada sebarang tempahan telah dibuat oleh peniaga berkenaan.
Selepas perbincangan secara baik dilakukan oleh kedua-dua pihak, wakil syarikat perabot, Raja Noor Farhana Raja Moktar menyatakan, pihaknya bersetuju memulangkan RM2,200 yang telah dikeluarkan oleh pasangan suami isteri itu.

1 ulasan:

Ulasan dari Blogger terbaik