nuffnang ads

Selasa, 3 Januari 2012

Lelaki semakin Bertanggungjawab

Lebih ramai lelaki jadi penentu
KUALA LUMPUR Lebih ramai lelaki menjadi pembuat keputusan dalam kebanyakan aspek perancangan kewangan, demikian menurut laporan HSBC.
Laporan itu, yang bertajuk 'Masa Depan Persaraan: Kenapa Keluarga Penting', mendapati 68 peratus lelaki Asia dan 65 peratus lelaki di seluruh dunia berkata mereka membuat semua atau paling banyak keputusan kewangan dalam rumahtangga, berbanding dengan 58 peratus dan 53 peratus wanita, masing-masing di Asia dan peringkat global.
HSBC dalam kenyataannya di sini berkata, mengikut laporan itu, kecuali di Asia ialah China, di mana 63 peratus wanita mendakwa mereka membuat semua atau sebahagian besar daripada keputusan kewangan, berbanding dengan 58 peratus lelaki.
HSBC berkata, laporan itu, yang dijalankan oleh Cicero Consulting di lebih daripada 17,000 orang di 17 negara, dengan lebih 7,300 dari Asia, meninjau perubahan sikap ke arah perancangan persaraan dan kewangan.
Dari segi perancangan persaraan, kata laporan itu, hanya 29 peratus daripada wanita Asia secara purata berkemungkinan mengambil tanggungjawab secara bersendirian, berbanding 37 peratus lelaki; India (21 peratus wanita berbanding 43 peratus lelaki), Singapura (21 peratus berbanding 38 peratus), Malaysia (27 peratus berbanding 33 peratus) dan Hong Kong (28 peratus berbanding 38 peratus).
Pengurus Besar Kumpulan dan Pengarah Serantau Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan HSBC Asia Pasifik, Louisa Cheang berkata, jantina yang dibahagikan dalam menabung bagi persaraan berterusan di Asia, menjadikan wanita berpotensi terdedah kepada kesusahan kewangan di kemudian hari.
"Kami menjangka jurang ini berkurangan setelah lebih ramai wanita di negara-negara baru muncul menerima pendidikan, menyertai tenaga kerja atau memulakan perniagaan dan membuat lebih banyak keputusan untuk diri dan keluarga mereka.
"Adalah penting keputusan perancangan kewangan yang memberi kesan kepada isi rumah, terutama dalam keperluan persaraan dan perlindungan, harus dikongsi dan dibincangkan antara pasangan untuk memastikan kedua-duanya lebih bersedia untuk persaraan dan matlamat hidup yang lain dan sebahagian besar daripada keperluan kewangan keluarga dipertimbangkan dan dijaga," katanya.
Menurut laporan itu, di seluruh Asia, 66 peratus daripada responden secara purata berkata mereka mempunyai rancangan kewangan, namun walaupun adanya rancangan ini, terdapat jurang yang ketara dalam perancangan kewangan sepanjang kehidupan dewasa.
Sebagai contoh, enam dalam 10 responden Hong Kong berusia 30hingga 39 tahun tidak mempunyai apa-apa simpanan jangka pendek dan hanya 19 peratus warga Taiwan berumur 40hingga 49 melindungi aset mereka, katanya.
Laporan itu juga mendedahkan bahawa 48 peratus dan 47 peratus ibu bapa masing-masing di Malaysia dan Hong Kong, tidak mempunyai insurans hayat. - Bernama

1 ulasan:

Ulasan dari Blogger terbaik