nuffnang ads

Khamis, 19 Januari 2012

MERTABATKAN BAHASA MELAYU

Susah ke berbahasa Melayu 100% di malaysia ini?Bahasa Melayu adalah bahasa Malaysia atau bahasa rasmi untuk kegunaan semua kaum berkemunikasi antara satu sama lain.
Di kawasan kampung rasanya tiada masalah untuk berbahasa Melayu cuma masyarakat kampung biasanya menggunakan loghat daerah bukan bahasa Melayu standard atau bahasa yang di ajar di sekolah.
Di kawasan bandar pula bahasa yang di gunakan terutama golongan muda adalah bahasa selenga atau bahasa rojak iaitu melayu-inggeris-cina dan india.Kalau tidak di perbetulkan suatu hari nanti bahasa melayu akan hilang identiti atau pupus yang tinggal hanya bahasa rojak bahasa sms.Adakah ini dinamakan revolusi bahasa mengikut peredaran zaman dan generasi?
Kita biasa mendengar orang melayu bila bercakap dengan orang cina atau india mereka secara automatik akan bertukar gaya,autonansi menjadi bahasa pelat cina atau india.
Contoh: Lu mana mahu pergi, sepatutnya kamu mahu pergi kemana.Bahkan kalau bercakap dengan orang indon pun kita akan bercakap dengan lenggok indon.Dalam perkara ini siapa yang harus dipersalahkan.?
Mempelajari Bahasa Inggeris atau bahasa lain memang penting tapi jangan abaikan bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu.Jangan Malu bila kita bertutur bahasa Melayu dimana jua.

2 ulasan:

  1. itulahkan kita ni mudah sangat mengikut orang..terutama bahasa indon sekarang..banyak sangat tengok sinetron

    BalasPadam
  2. masuk kambing mengembikkkkk...heheheeee...

    kadang2 dah terbiasa bila cakap dengan orang cina pasti lenggok cina, dengan orang indonesia lenggok indon :)

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik