nuffnang ads

Isnin, 20 Februari 2012

Politik Di Tempat Kerja

Kalau Politik negara memang aku ikut perkembangan.
Masa mengundi aku akan gunakan kuasa mengundi dengan sebaiknya.

Kalau politik di tempat kerja memang aku tak suka.Politik
di tempat kerja biasanya berlaku di kalangan orang atas.
Ada yang bodek boss nak naik gaji,naik pangkat dan sebagainya bertujuan untuk
kepentingan diri sendiri.
Yang tak syok pijak kepala orang untuk capai impian peribadi.Ada juga yang cipta fitnah untuk matikan karier orang.Biasanya yang dapat susah ialah orang yang tidak mengamalkan politik dalaman.

Bagi aku niat untuk pergi bekerja adalah untuk bekerja mencari rezeki yang halah di bumi Allah ini.Tiada niat lain.Gaji dan pangkat bergantung kepada kualiti kerja kita.
Tapi kadangkala boss pun pilih bulu juga,,pilih yang sealiran dengannya.

Aku rasa mana mana tempat kerja pun akan ada politik di tempat kerja.
Boleh di amalkan tapi dengan syarat jangan pijak kepala orang untuk sampai di atas.

3 ulasan:

Ulasan dari Blogger terbaik