nuffnang ads

Ahad, 25 Mac 2012

Kalau orang dulu tak cipta DUIT-susahnya hidup ini.

Setiap negara ada duitnya masing masing dengan nilai tertentu.
Kalau di Malaysia, kita panggilnya Ringgit atau RM.
Helaian duit hanyalah sekeping kertas tapi ia bernilai tinggi bergantung pada nilai yang tertera di atas kertas itu.Contoh RM1/RM5/RM10/RM50/RM100.
Dengan adanya helaian duit kertas ini,hidup kita semakin mudah untuk urusan jualbeli barang.Maka wujudlah bank untuk menguruskan kewangan kita.
Mana lebih bernilai helaian duit kertas atau barangan yang kita mahu beli?
Contoh sekeping pizza dan helaian duit kertas mana yang ada nilai..Sebenarnya pizza itu lebih bernilai dari helaian duit .Duit tiada nilainya kalau tiada barang untuk di beli.
Ok! kita lupakan tentang helaian kertas yang tidak bernilai itu.Cuba kita bayangkan kalau orang terdahulu tidak mencipta duit.Bagaimana urusan jual beli di uruskan.
Katakan sistem tukar barang di amalkan sekarang ini.
Contoh -
Kalau anda nak beli baju berharga rm30 atau nilainya sama dengan 3 ekor ayam.Kalau duit tidak di cipta anda perlu bawa banyak ekor ayam untuk di tukar dengan taukey baju tu.Susahnya kalau nak bershoping kena bawa ayam atau yang sama nilai dengan nya.
Kalau ayam tiada anda kena bawa lembu(nilai sekor lembu rm2000.00)Kalau beli barang nilai rm1000 tukar dengan lembu jadi taukey kedai tu kena kembalikan baki bersamaan 1ekor kambing dan 30 ekor ayam bersamaan rm1000//.
Kalau gaji anda rm2000// maka tiap tiap bulan anda akan dapat seekor lembu.
Kalau ini terjadi maka kehidupan ini akan jadi haru biru.Nasib baik lah orang dulu dulu mencipta duit untuk proses jual beli.
Nota:kalau kahwin dengan artis hantaran RM30,000// bersamaan dengan 15 ekor lembu...hehe penuh rumah dgn lembu.

3 ulasan:

  1. susahnya takde duit, sistem barter..tak adil kan?

    BalasPadam
  2. kena buat kandang lembu..buatnya ada 5 anak...wah...tak larat kira

    BalasPadam
  3. assalamualaikum abghani....mmg dah jadi kandang lembulah jawabnya..susah mmg susah kalau x ada sistem duit mcm skg ni...:)

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik