nuffnang ads

Rabu, 21 Mac 2012

Aku budak SPM

Semalam keputusan SPM dah keluar.
Tahniah kepada yang lulus dengan cemerlang.Teruslah belajar ketahap yang kita mampu.
Tak rugi kalau kita terus mencari ilmu.Tinggi mana akedemik kita itu akan menentukan kerjaya kita di masa depan.Salah satu matlamat belajar sekarang adalah untuk mendapat kerjaya yang bagus serta gaji ribuan ringgit sebulan.

Bagi yang keputusannya di tahap gagal pun tidak lulus pun tak cemerlang(Kalau dulu pangkat 3) ..buatlah keputusan sebaik baiknya.Kalau rasa nak belajar teruskan belajar.Carilah kolej atau pusat pusat kemahiran. kalau nak cari kerja jangan pilih kerja.Teruskan bekerja cari pengalaman.Belajarlah dari pengalaman.Pengalaman boleh membuatkan kita berjaya dalam hidup.
Bagi yang berminat berniaga asas berniaga perlu ada.Ada juga yang kelulusan SPM boleh jadi jutawan dengan berniaga tapi tak ramai.
Kalau dulu sebelum tahun 1980an sijil SPM laku untuk menjadi pegawai tapi kalau sekarang tak laku lagi.Sijil SPM nilainya sekarang hanya menentukan hala tuju kita di masa depan.

Kepada yang gagal dalam SPM..teruskan hidup anda ..cari kerja mengikut kepandaian atau kemahiran masing masing.Mungkin dalam akedemik anda lemah dan tidak lemah di bidang berbentuk kemahiran,memasak.pertukangan dan sebagainya.
Jangan buat benda atau perkara yang tidak berfaedah.Masa itu emas dan jangan buang masa muda anda.
Usaha pasti Jaya.Hendak berjaya tidak semudah yang di sangka.Hendak gagal memang mudah.Ingat tiada perkara yang mudah dalam hidup ini.
Berkhimatlah untuk negara bangsa dan agama.

3 ulasan:

  1. dulu ada spm pun dah boleh jadi cikgu

    BalasPadam
  2. spm gagal tak semestinya gagal hidup...

    BalasPadam
  3. spm bukan sijil penentu masa depan..yg penting kerja kuat :)

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik