nuffnang ads

Rabu, 7 Mac 2012

Hujan

Hujan yang turun bagaikan air mata...bermaksud kesedihan yang melampau.
Topix hari ini tentang hujan bukan kumpulan hujan.

Hujan adalah titisan air yang turun dari langit melalui awan nifus dan komulus hasil pemeluapan air dari bumi naik ke atas dan bila awan dah berat maka turun lah hujan.Teori ni yang aku belajar masa sekolah rendah dulu.

Manusia sangat memerlukan air hujan tapi ada juga manusia yang tak suka air hujan.
Contoh: alamak hari ini hujan lah pulak.Kalau hari panas "Fuh...panasnya hari ini dah lama tak hujan."

Pokok dan tumbuh tumbuhan juga sangat memerlukan hujan.Jadi bila hujan janganlah kita mengeluh kerana mungkin pokok pokok juga berdoa minta hujan.Pokok pokok bukan boleh berjalan macam manusia mencari air.Hanya hujan saja sumber airnya untuk minum dan mandi.
Jadi kita perlu memahami hujan adalah untuk semua mahluk di bumi ini.

Nota:suka dengar irama titisan hujan menyirami bumi..sungguh mengasyikkan.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum abghani...kurniaan Allah tu haruslah dihargai bukan dimarahikan bersyukur dgn segala nikmatNYA...:)

    BalasPadam
  2. risau masa hujan... takut ada kerja kecemasan...

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik