Haramkan Bawaku Pergi
KUALA LUMPUR 28 Mac - Kerajaan digesa mengharamkan lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka dan Zizan yang disifatkan membawa unsur negatif yang boleh mendorong remaja melarikan diri dari rumah.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, pihaknya berharap lagu tersebut tidak lagi diputarkan dan dihebahkan kepada masyarakat.
''Ia sama sekali tidak wajar dihebahkan untuk pendengaran masyarakat, apatah lagi menjadi siulan remaja kerana ia jelas menyampaikan mesej tidak baik dan membawa mesej negatif.
''Kita tidak mahu ada agenda oleh mana-mana pihak tertentu menggunakan cara halus seumpama ini untuk merosakkan semangat dan roh bangsa Malaysia tanpa kita sedari.
''Suara kebimbangan ibu bapa ini amat perlu diberi perhatian pihak kerajaan memandangkan banyak kes remaja melarikan diri pada masa kini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini
sumber dari utusan malaysia.
pernah di utarakan di
abghani
dan blog pen biru
alamaaakkk!! macam mana lirik lagu zizan tu yea?
BalasPadamHeboh org duk bercakap pasal lgu ni tp sekali pun hana xpernah dgr. Erk.. =_="
BalasPadamassalamualaikum abghani....bagus juga lagu tu diharamkn mmg byk unsur yg x elok n berunsur negetif...:)
BalasPadamkalau nak lari bukan sebab lagu... tu semua dari hati masing2...
BalasPadamdan juga saya!
BalasPadam