nuffnang ads

Selasa, 8 November 2011

Berbaloi baloi jadi perompak



Wang RM316,000 dalam ATM lesap


Mesin ATM (dalam bulatan) yang hilang dari sebuah bank di Taman Midah, Cheras semalam.
CHERAS – Tindakan tekad sekumpulan penjenayah melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berbaloi apabila mereka berjaya memecah mesin ATM itu dan melarikan kesemua wang berjumlah RM316,000 dari dalam mesin yang disamun di sebuah bank di Taman Midah di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi, kumpulan yang dipercayai terdiri daripada enam lelaki berusia 30-an bertindak nekad dengan menarik serta menyeret sebuah daripada lapan buah mesin ATM yang berada di bank itu.
Penjenayah tidak bertopeng itu menyasarkan mesin ATM yang terletak berhadapan dengan pintu cermin bagi memudahkan mereka menarik keluar mesin tersebut.
Semasa kejadian, bank tersebut tiada pengawal keselamatan.
Suspek-suspek yang mengambil masa kurang 10 minit untuk merompak itu dipercayai menggunakan lori atau kenderaan pacuan empat roda bagi menarik keluar mesin itu.
Selepas lapan jam kejadian itu, mesin ATM tersebut ditemui di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Pinggiran Hulu Klang, Ampang Jaya dekat sini.
Jarak antara mesin ATM itu disamun dan ditemui semula kira-kira 15 kilometer.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kecurian mesin ATM itu disedari oleh polis yang melakukan rondaan di Taman Midah sebelum ternampak pintu kaca di bank itu pecah.
“Pemeriksaan mendapati sebuah mesin ATM yang terletak di tengah-tengah daripada lapan mesin hilang,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut beliau, siasatan mengesyaki lima hingga enam suspek melarikan mesin tersebut dengan menarik dan mengheret berkemungkinan menggunakan lori atau kenderaan pacuan empat roda.
Mohan memberitahu, mesin itu ditemui semula pada pukul 11 pagi apabila polis menerima maklumat orang awam yang hairan melihat mesin itu di tepi jalan di MRR2.
Bagaimanapun, kata beliau, pemeriksaan terhadap mesin ATM tersebut mendapati kesemua wang berjumlah RM316,000 lesap.
“Polis sedang menyiasat bagaimana mesin itu mampu dipecah sehingga wang boleh diambil,” kata beliau dengan memberitahu semasa kejadian alat penggera di bank itu tidak berbunyi.
Tambah Mohan, kejadian melarikan mesin ATM di bank di situ merupakan yang pertama.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi talian 03-9284 0083 atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Norliza Murad di talian 012-5413005 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Pada 22 Jun 2008, seorang lelaki berjaya melarikan mesin ATM di sebuah stesen minyak di Batu 6 1/2, Jalan Klang Lama-Puchong di sini.
Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, suspek merempuh cermin hadapan stesen minyak sebelum 'menyodok' dan menarik keluar mesin ATM berkenaan menggunakan jengkaut.
Bagaimanapun, polis tidak dapat menentukan nilai wang yang ada dalam mesin ATM yang dilarikan malah mesin itu juga belum ditemui.


sumber rujukan Kosmo 9/11/11.Oleh firdaus.hassan@kosmo.com.my

Bilapahatberbunyi:- Perompak gembira bila rompakan berjaya, orang kena rompak sakit kepala,sakit hati bila harta kena rompak.

9 ulasan:

  1. perompak yg pndai mncuri atau pak guar yg tak wat kerja..
    huhuh

    BalasPadam
  2. last2 mesin tu tak dok duit doh dalam hehehhe...buat letih je cabut

    BalasPadam
  3. salam;
    malam tu operasi mereka berjaya maka berbaloilah rompakan mereka tu.

    BalasPadam
  4. pelik...mana hilangnya guard?

    pelik..cctv tak berfungsi?

    pelik...alarm pon tak bunyi?

    benar...duit dah lesap..macam senang jer nak kaya kan?? heheeeee

    BalasPadam
  5. macam2 la perangai perompak neh...

    baca gak paper smlm..ehhehe

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik