nuffnang ads

Khamis, 13 Oktober 2011

Pasang niat-Moga kita dapat ke Mekah mengerjakan ibadat haji.Amin ya Allah.

Rukun Haji 6 perkara
a. Niat
b. Wuquf(kalau umrah tiada wuquf)
c. Tawaf Haji
d. Saie
e. Bercukur
f. Tertib

Wajib Haji 7 Perkara:
a. Berniat ihram di Miqat
b. Bermalam di Muzdalifah
c. Melontar jamrah aqabah di Mina pada 10 Zulhijjah
d. Bermalam di Mina - sekurang-kurang 2 malam, malam 11, 12, 13 Zulhijjah.
e. Melontar 3 jamrah sekurang kurangnya dua hari pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
f. Meninggalkan larangan ihram
g. Tawaf wada(selamat tinggal)

JENIS HAJI
Haji dan Umrah itu ada 5 jenis, iaitu:

JENIS-JENIS HAJI DAN UMRAH
Haji jenis Ifrad
Haji jenis Tamattu'
Haji jenis Qiran
Haji sahaja, dan
Umrah sahaja


HAJI JENIS IFRAD
Ifrad maknanya " berasingan" jadi haji ifrad itu ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan, iaitu dikerjakan haji dahulu hingga selesai dan kemudian baharulah dikerjakan umrah dalam tahun itu atau dikerjakan umrah sebelum menjelang bulan-bulan haji setelah itu barulah dikerjakan haji.

HAJI JENIS TAMATTU'
Tamattu' ertinya bersenang-senag, jadi Haji Tamattu' itu ialah mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji, setelah selesai mengerjakan umrah lalu bersenang-senang dengan sebab telah tidak terikat lagi dengan pantang larang ihram. Kemudian setelah sampai waktu haji berihramlah untuk mengerjakan haji pula. Haji jenis ini dikenakan DAM mengikut syarat-syaratnya.

HAJI JENIS QIRAN
Qiran ertinya bersama-sama, jadi Haji Qiran itu ialah dikerjakan kedua-dia haji dan umrah dengan serentak, iaitu dengan satu tawaf, satu sa'ie dan satu bergunting, kerana kerja-kerja umrah itu dimasukkan dalam kerja-kerja haji. Haji cara ini juga wajib melaksanakan DAM. Berhubung dengan kebolehan mengerjakan haji Qiran ini sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa mengerjakan haji bersama umrah (iaitu Qiran) maka sahlah dia kerjakan satu tawaf dan satu sai'e sahaja untuk kedua-dua haji dan umrah itu" (Riwayat - Turmizi)

12 ulasan:

  1. salam kenalan

    dah register utk g haji ke?? penting tu.....dah beratur dah orang menunggu giliran

    BalasPadam
  2. saya nak belajar & dapat kerja yg bgus..paling kurang nak bwk mak ayah gi umrah :) harap2 tercapai

    BalasPadam
  3. dkna/azam/nur-betul kata azam selain pasang niat kita kena daftar&duit cukup dgn tabung haji..mmg beribu yg tunggu turn.

    BalasPadam
  4. Menabung dr awal simpan duit kt tabung haji. ^_^

    BalasPadam
  5. teringin nak menjejakkan kaki kesane..sgt jeles bile ade org muda-mudi dh dpt p sane

    BalasPadam
  6. Elok pergi masa muda sebab masih kuat.

    -wina1979-

    BalasPadam
  7. InsyaAllah...

    akan ku jejak juga di tanah suci...

    BalasPadam
  8. sangat teringin nak pergi... Semoga dapat sampai jua di sana satu hari nanti

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik