nuffnang ads

Ahad, 30 Oktober 2011

SYABAZ kepada Polis & Kastam

SEREMBAN 28 Okt. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan dua sindiket pengedaran dadah jenis ketamin dan pil Eramin 5 melalui kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dianggarkan bernilai lebih RM20 juta dalam kes berasingan baru-baru ini.
Kedua-dua sindiket itu menggunakan kargo dari China dan Taiwan untuk membawa masuk dadah tersebut ke negara ini.

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Kejayaan polis membanteras kewujudan makmal memproses dadah di negara ini dapat mengurangkan penyeludupannya ke luar di samping mengelakkan persepsi buruk negara lain terhadap Malaysia, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Noor Rashid Ibrahim.
"Kita tak mahu kita dipandang sebagai negara pengeluar (dadah). Sebab itu, selain mengawal penyeludupan dadah ini di pintu-pintu sempadan, kita juga banyak tumpukan dalam membanteras operasi makmal-makmal dadah yang wujud di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, kejayaan paling besar Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah penahanan tiga beradik warga Mexico di kilang memproses dadah di Johor tiga tahun lepas yang melibatkan rampasan dadah bernilai RM44 juta.
"Kita akan mengawasi semua sempadan, tapi dalam masa yang sama, kita dapat atasi punca dadah itu terhasil, maknanya kewujudan makmal-makmal memproses dadah itu sendiri. Beberapa makmal yang besar macam di Johor telah dapat kita ambil tindakan,” katanya.

Bilapahatberbunyi:- Dadah Musuh Negara.Bersama kita membenteras penyalahan penggunaan DADAH.

3 ulasan:

  1. kawan saya ada kawan dari luar negara.orang tu nak bagi dia sampel biskut.saya marah dia..takut dadah..samapi kat KLIA sangkut kat kastam sebab barang berat sangat sampai 8 kg..nasib baik saya dah suruh kawan buat report sebelum barang tu sampai. sampai sekarang tak tau barang tu apa..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum abghani...syabas buat mereka kerana bertugas demi negara...:)

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik