Apakah orang Melayu sudah menerima hakikat yang ia akan hilang kuasa dalam 10 tahun. Kebetulan pula 10 tahun lagi ialah 2020, tahun yang kita patut mencapai taraf negara maju dan berpendapatan tinggi.
Apakah ini maknanya bila kita mencapai taraf negara pendapatan tinggi, orang Melayu sudah terpinggir dan angka tersebut tercapai melalui bukan Melayu?
Apakah Dr. Mahathir menggunakan psikologi untuk melontarkan sesuatu yang boleh menyedarkan orang Melayu tentang perlunya melakukan sesuatu sebelum terlambat?
Apakah yang boleh menyedarkan orang Melayu hari ini? Bersatu antara UMNO, Pas dan PKR tidak mungkin.
Kelemahan dalam bidang ekonomi sudah jelas masih tidak boleh menyedarkan orang Melayu. Ramai yang mengatakan bukan semua orang Melayu yang papa kedana, ramai yang kaya raya. Lihat saja bila Perhimpunan Agung UMNO betapa banyak BMW, Mercedes, Alphard, Cayenne dan pelbagai jenama kereta yang mahal.
Ada juga orang Melayu yang sorok kereta Ferrari mereka dengan dibalutkan dengan canvassupaya orang tak tahu yang dia ada Ferrari. Orang Melayu yang kaya raya ini tidak peduli siapa berkuasa 10 tahun lagi kerana kedudukan mereka sudah kukuh.
Orang Melayu yang tidak terlibat dengan politik begitu juga. Kalau hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang seperti yang kita lihat dalam program televisyenBersamamu setiap minggu, mereka pun tidak akan kisah siapa yang memerintah dan majoritinya orang Melayu dan mungkin orang Melayu akan lebih susah hidup mereka.
Ada beberapa perkara yang bakal berlaku sekiranya bukan Melayu memerintah. Kemungkinan besar yang boleh memerintah ini ialah DAP. Dan DAP telah berjanji akan mengubah beberapa perkara dalam Perlembagaan sekiranya mereka berkuasa.
Pertama mereka akan tukar agama rasmi daripada agama Islam kepada yang lain, kedua bahasa rasmi juga akan ditukarkan daripada bahasa Melayu kepada lain bahasa dan ketiga segala keistimewaan dan hak orang Melayu di bawah Perlembagaan akan dimansuhkan.
Kemungkinan parti politik bangsa Cina ini bergabung dengan MCA dan Gerakan sesuatu yang tidak mustahil. Lebih teruk lagi kalau PAP dari Singapura pula diajak bersama. Itu baru betul.
Kehilangan kuasa orang Melayu dalam negara ini bermakna negara ini akan terjual.
Dalam kita hendak berkuasa, kita beri lebih perhatian kepada bukan Melayu, kononnya menyepikan mereka menyebabkan kita kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Kini mereka dah pandai minta macam-macam dan dapat pula apa yang diminta.
Golongan orang Melayu yang diberikan perhatian ialah golongan tertentu sahaja, mereka yang sudah ada entiti mereka dan hanya perlu diperbaiki berlipat ganda lagi. Yang lain tidak akan merasai usaha lipat ganda entiti ini.
Seperkara yang perlu pihak memerintah sedar ialah terdapat 3.9 juta pemilih yang belum mendaftar untuk mengundi.
Kalau kita andaikan 60 peratus daripada jumlah ini terdiri daripada belia dan remaja dan mereka ini lebih terikut dengan dunia siber, gosip dan fitnah yang tersebar merata dalam dunia blog, mereka tidak menerima perhatian media arus perdana.
Mesej yang ingin disampaikan kepada mereka tidak sampai dan mereka bakal membuat keputusan yang mungkin akan merugikan pihak yang sedang memerintah.
Hakikatnya orang Melayu sudah lemah dalam bidang ekonomi dan yang sedikit kuasa ekonomi yang ada ini kalau hilang juga dan kuasa memerintah pula hilang, orang Melayu akan jadi ibarat Red Indian di Amerika Syarikat tinggal di penempatan tertentu sahaja.
Kita sedar juga ada usaha gigih sedang dilakukan oleh parti pembangkang untuk menarik orang Melayu dalam usaha untuk mengubah pandangan masyarakat terhadap parti mereka. Mereka berpendirian inilah 1Malaysia yang sebenarnya.
Tidak ada keharmonian dalam mana-mana masyarakat yang majoritinya sesuatu bangsa jika kedudukannya lemah dalam ekonomi dan politik.
Ramai orang Melayu yang menyangka diri mereka cukup cekap dalam politik. Sebaliknya politik orang Melayulah yang memecah belahkan orang Melayu. Mungkin kalau tidak ada politik, orang Melayu hari ini tidak berpecah belah.
Walau apa pun amaran Dr. Mahathir tidak boleh diabaikan begitu saja. Pihak yang sayangkan negara ini dan tidak mahu ia jatuh ke tangan orang lain - walaupun mereka mungkin rakyat negara ini juga - perlu mengorak langkah mengatur strategi, jangan heboh-heboh, bangunkan langkah yang konkrit dan suntikan semangat kepada orang Melayu keseluruhannya.
emmm..jd apa tanggungjawab kita bg memastikan tanah ini ttp milik kita? Mengundi?
BalasPadamIslam wajib bersatu padu. Melayu perlu kerjasama dan sehati sejiwa.
BalasPadamSalam;
BalasPadamtepuk dada tanya selera.!!
kalau kerisauan itu di lontar kan Tun, maka kita jgn pandang enteng...
BalasPadamtakutnya
BalasPadamSuka pimpinan Tun Mahathir Mohamad :)
BalasPadam