nuffnang ads

Selasa, 18 Oktober 2011

Ratu Rock ELLA bakal bertunang??????

Ella Akan Umumkan Bakal Suaminya....!!
Selepas agak lama sepi tanpa cinta baru, rocker berusia 45 tahun ini semakin berseri-seri. Dia kini semakin ceria dan tidak berselindung lagi tentang pria yang dikatakan telah bertakhta di taman hatinya.

Menurut Ella, hatinya kini sudah dimiliki. Tetapi dia belum bersedia mendedahkan sepenuhnya identiti lelaki bertuah itu. Sebaliknya, kata anak kelahiran Klang, Selangor ini, biarpun perkara itu diketahui sendiri orang semua pihak.

"Biarlah wartawan atau peminat tahu sendiri kerana saya tidak mahu komen panjang. Kalau anda bernasib baik dia (kekasih) akan datang ke konsert Whitesnake di Stadium Merdeka , Kuala Lumpur, 30 Oktober ini.

"Itu pun kalau dia ada di sini (dalam negara) sewaktu konsert itu berlangsung. Cuma apa yang boleh saya cakap, dia orang biasa sahaja," ungkapnya selepas pelancaran konsert Whitesnake di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pssst....aku tumpang gembira kalau betul cerita ini...dulu selalu tengok konsert ella.

9 ulasan:

  1. ella selalu buat gempak la!
    tak lama lagi..
    ada la album baru or lagu baru dia kuar..
    hahahaha

    BalasPadam
  2. alhamdulilah..kalau dah sampai seru dan jodoh tu lebih baik dipercepatkan..

    BalasPadam
  3. Salam;
    Baguslah tu jangan tak jadi pulak..lama sangat jadi anak dara tua.

    BalasPadam
  4. wahhahah....lama xdengar cita sal ratu ella neh....umo dia sama umo dengan my mum tau..hehehhe

    BalasPadam
  5. dah banyak kali dia ckp nak umumkan boifren la ape la. tp xkuar2 pon hehe

    BalasPadam
  6. berita gempar ni... dulu masa kecil pernah pergi konsert ella sekali

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik