nuffnang ads

Ahad, 23 Oktober 2011

Wake up!!!!

Lebih 6 juta belia hadapi krisis identiti

Lebih enam juta belia di negara ini didakwa menghadapi krisis kecelaruan identiti disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat.
Kajian diperoleh dari Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hasil tinjauan melalui media alternatif seperti laman sembang sosial Facebook dan Twitter .
Sehingga kini terdapat kira-kira 11.65 juta belia di Malaysia iaitu 40.28 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini.
Masalah tersebut kini berada pada tahap yang membimbangkan kerana ia akan mendorong belia terbabit ke arah pemikiran secara liberal.
Kerajaan dam masyarakat perlu memandang serius perkara itu demi memastikan golongan belia terus berada pada landasan yang betul untuk menjamin masa depan negara. Masa depan negara bergantung pada belia hari ini.

"Jika tidak dibendung di peringkat awal, tidak mustahil perkara yang tidak diingini akan berlaku.
"Pelbagai program kesedaran melibatkan para belia perlu diperbanyakkan demi memastikan keterlibatan golongan ini bersama masyarakat bagi memberi pendedahan mengenai isu semasa permasalahan keluarga dan rahsia kejayaan sebuah keluarga.

Isu kecelaruan identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej atau personaliti.
"Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan hilang pedoman atau hala tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan terhadap perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan.

Bilapahatberbunyi:- Belia hari ini menentukan masa depan negara kita.Kalau belia hari ini banyak yang runtuh akhlak,penagih dadah,merempit dan tidak patriotik serta hilang jati diri bagaimana hendak memimpin dan menguruskan negara dimasa depan??????.

7 ulasan:

  1. Salam;
    Sudah sampai masanya kerajaan betul2 ambil serius masalah belia ni..jangan ambil mudah sbb belialah penentu hala tuju negara kita..kalau belia rosak maka rosaklah bangsa,masyarakat dan negara..

    BalasPadam
  2. 6juta? maknanya 23%dari rakyat Malaysia... maknanya 3 dari 14 penduduk malaysia mengalami kecelaruan identiti? sungguh tak logik kenyataan ini! walaupun dikeluarkan oleh orang yang bijak pandai...

    BalasPadam
  3. hah,, tengok jela kat bandar2,, budak2 muda... adoiii

    BalasPadam
  4. assalamualaikum abghani...betul tu kalau bebudak skg dah mcm tu mcm mana dgn keadaan masa akan dtg nantikn...:)

    BalasPadam
  5. sy juga mengalami krisis identiti..sy tak pasti samada sy ni masih muda atau sudah tua..heeeee

    BalasPadam
  6. ade modul motivasi n sebagainya kat sek n ipt tp mcm x jalan je...impak kurang

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik