nuffnang ads

Isnin, 31 Oktober 2011

Kisah Artis- Nadia tewas dengan Lisdawati










Saman fitnah: Nadia diarah bayar Lisdawati
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini memerintahkan pelakon Nadia Mustafar membayar ganti rugi RM50,000 kepada pelakon Lisdawati selepas mendapati Nadia memberi wawancara berunsur fitnah, enam tahun lalu.
Hakim Yong Zarida Sazali turut memerintahkan supaya Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar faedah sebanyak empat peratus bermula dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian kes dan kos mengikut skala.
Lisdawati, 33, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin menyaman Nadia, 35, kerana mendakwa pelakon filem Zombie Kampung Pisang itu telah memberi wawancara berunsur fitnah terhadapnya dalam artikel yang ditulis oleh wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani.
Hanif telah meninggal dunia akibat penyakit tibi pada 18 Julai 2009 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.
Artikel yang bertajuk Hutang - Nadia Mustafar serang Lisdawati? disiarkan oleh majalah mingguan berkenaan bertarikh 8-14 Januari 2005.
Dalam tuntutannya itu, Lisdawati memohon ganti rugi sebanyak RM250,000 serta faedah lapan peratus dan kos-kos lain ekoran penyiaran wawancara tersebut yang didakwa telah menyebabkan imej dan 'periuk nasi' aktres itu terjejas.
Kedua-dua pelakon itu tidak hadir ketika keputusan dibacakan namun mereka diwakili peguam masing-masing.
Lisdawati sebagai plaintif diwakili oleh peguam Sangeet Kaur Deo, manakala Nadia selaku defendan pula diwakili oleh peguam-peguam, Siti Noor Julaini Shahar dan Mohd. Lustfi Yaakub.










bilapahatberbunyi:-Sesama artis.....Lisdawati maafkanlah si Nadia tu...





dipetik dari utusan malaysia

7 ulasan:

  1. dunia artis bukannya besar mana pon..watpelah lah nk bergaduh sesama sendiri kan..

    BalasPadam
  2. Salam;
    Tulah..sekarang ni jangan cakap yang bukan2 lebih-lebih lagi secara terbuka..dunia sekarang ni dunia saman,nasib baik tak kena berjuta-juta mcm kebiasan.

    BalasPadam
  3. klau tak ada angin masakan pokok boleh bergoyang..dulu lisdawati ni pernah begaduh dgn rita rudaini...hmmm..no komen

    BalasPadam
  4. assalamualaikum abghani...mcm2 kes artis ni kn..:)

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik