nuffnang ads

Isnin, 3 Oktober 2011

rumah orang tua

Anak anak semakin sibuk mencari duit ,sibuk dengan keluarga sendiri dan sibuk dengan urusan masing masing.Kesibukkan ini menjadikan masa untuk ibubapa semakin kurang.

Apakah perlu atau tidak rumah penjagaan orang orang tua atau warga emas.
Kalau di fikir dari sudut kebaikan mungkin ia baik kerana segala kebajikan dan keselamatan orang tua terbela tetapi ia mungkin sesuai bagi warga emas yang sebatang kara yang tiada anak atau sudara mara.

Dari sudut tak baiknya pula kenapa jadi begitu dimana anak anak mereka.Adakah mereka hidup sebatang kara.Banyak persoalan yang perlu di jawab.

Ibubapa boleh menjaga ramai anak tapi seorang anak belum pasti dapat menjaga ibubapa mereka dengan baik.
Adalah amat menyedihkan jika terdapat warga emas melayu islam yang masih mempunyai anak anak berada di rumah penjagaan orang orang tua.

Adakah ini di sebabkan semasa kecil anak anak di hantar ke rumah pengasuh dan apabila kita tua kita pula di hantar ke rumah penjagaan orang-orang tua atau ada lain lain sebab yang kita tidak ketahui.

Terdapat juga anak anak yang bekerja menghantar ibu atau bapa mereka ke pusat penjagaan orang tua iaitu pagi dihantar dan petang diambil kembali atas alasan bahaya tinggal seorang diri di rumah atau sekurang kurangnya ada teman berbual di pusat penjagaan tersebut.

Apa alasan sekalipun pun anak anak wajib menjaga ibubapa mereka hingga akhir hayat.Jasa ibubapa tidak ternilai harganya.

14 ulasan:

  1. semoga perkara mcm ni tidak berlaku dlm keluarga bui..

    p/s:buat komen pop-up,senang nk bagi komen..hehe

    BalasPadam
  2. risau jugak sebab 1 hari nanti kita pasti akan tua..tak tau apa akan jadi kat kita kan..

    alhamdulilah..mak dkna ada kat kampung dan masih sihat..tak terlintas sedikit pon di hati nie nak hantar dia kat rumah orang tua.

    BalasPadam
  3. hmm.takut terjadi pada keluarga sendiri

    kita semua akan mentua.

    BalasPadam
  4. yang penting kasih sayang.
    duit tak tanam pun sekali dlm kubur nanti.

    BalasPadam
  5. Salam;
    Mungkin ada benarnya juga selalu sangat antar anak kat pengasuh lama2 anak terikut jejak org tuanya dulu....

    BalasPadam
  6. kesian mereka jika mereka disisihkan disaat mereka perlu kan kita..

    BalasPadam
  7. Ya seelok-eloknya anak menjaga ibubapa sendiri.

    -wina1979-

    BalasPadam
  8. mintak dijauh kan daripada berbuat demikian

    BalasPadam
  9. akan ku jaga ibu bapa ku sehingga akhir hayat...sedih kalau cakap sal ibu bapa...

    sebab syg mereka sgt2 di dunia neh...

    sama2 la kta hargai ibu bapa kita...;)

    BalasPadam
  10. kalau hari ini kita menghantar orang tua kita ke rumah orang tua dengan alasan sibuk berkerja, tak mustahil anak anak kita pulak yang akan menghantar kita bila kita dah tua dan tak berguna. Lumrah kitaran hidup...

    BalasPadam
  11. Kite stuju kalau ibu bpa di hantr sb risau dorang tgal sorang msa bkerja. Dan ptg, ambil smula. Kalau tgal trus, mmg agk x brati perut. HuhuKite stuju kalau ibu bpa di hantr sb risau dorang tgal sorang msa bkerja. Dan ptg, ambil smula. Kalau tgal trus, mmg agk x brati perut. Huhu

    BalasPadam
  12. tak patut lah wat owg tua mcm ni...dulu susah payah diaowg jaga kita..

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik