nuffnang ads

Rabu, 17 Ogos 2011

Jangan sia siakan cinta pertama anda

Cinta pertama adalah satu perasaan sayang dan kasih atau berkenan di hati yang pertama kali wujud di hati kita terhadap pasangan kita iaitu lelaki atau wanita.Ia bukan cinta monyet kerana cinta monyet dia datang dan pergi tidak menimbulkan kesan.

Ini kisah teman aku yang terlepas cinta pertamanya gara gara takut untuk meluahkan perasaan kepada gadis yang dia minat dan cintai
dalam diam diam.Gadis ini adalah rakan sekerjanya.Aku tanya dia kenapa tak berterus terang.......dia kata dia takut cintanya di tolak.Bagi aku biar pun cinta di tolak sekurang kurangnya kita sudah meluahkan perasaan kita dan kita tahu jawapannya dia suka atau tidak.

Kini 10 tahun telah berlalu dia pun sudah bekeluarga dan gadis itu pun telah berkeluarga.Selepas kedua duanya berkeluarga dia dapat tahu
yang sebenarnya gadis itu juga meminatinya tapi dia tunggu teman aku ini mememulakannya dulu.Hasilnya kedua duanya melepas.Apa nak buat tahi kambing bulat bulat dan nasi sudah menjadi bubur.

Kini teman aku merasa sukar untuk melupakan cinta pertamanya.Pada waktu dia berseorangan dia pasti akan teringati cinta pertamanya.
Mungkin rasa menyesal kerana tidak meluahkan perasaannya dulu.Kalau dia boleh kembali dimasa lalu dia nak betulkan balik keadaan.
Dia sayangkan anak isterinya cuma dia tidak boleh melupakan cinta pertamanya.Fuh...begitu mendalam cintanya.

Moral of the story..jika anda cinta seseorang luahkan perasaan anda padanya....samaada dia suka atau tidak  itu belakang cerita....sekurang kurangnya anda telah mencuba dan tidak menyesal di belakang hari.

Bagai mana dengan cinta pertama anda...hapi ending or......

18 ulasan:

  1. Hurm...kasihan kan? Susah kalau tak berterus terang. Tp, kalau kena reject pun susah...macamne pula tu?

    BalasPadam
  2. sad ending....huhu :(
    mmg ssah bk lupa walopon da lame.....huhu camne ek nk wat.....huhu

    BalasPadam
  3. Alahai ciannya kawan bro tu. Apapun peganglah pada jodoh di tangan Allah :)

    BalasPadam
  4. Kena berani luahkan perasaan len kali...

    BalasPadam
  5. nurul,manja,na,soly- tq fr yr good coment...all the best.

    BalasPadam
  6. Ermm.. first love?
    xbest pun.
    baik kita menghargai org yang syg kita.

    BalasPadam
  7. cinta pertama?
    sy pun tak pasti dh penah rasa ke tak hoho

    BalasPadam
  8. shuhaida - betul tu...aku sokong.
    sutera- klu bleh jgn rasa

    BalasPadam
  9. cinta pertama memang susah nak di lupakan....;-( sampai sekarang dok ingat...huuh

    sad ending....T_T

    BalasPadam
  10. salam ziarah.

    cinta pertama jika tak kesampaian perlu redha.mungkin saat putus cinta itu, kita diberi ruang oleh Allah utk muhasabah diri bukan terus menyalahkan psgn atau takdir atau terus plan mencari psngn lain..semuanya berbalik pada jodoh.;) believe in Allah..insyaAllah,kita dapat bahagia.

    BalasPadam
  11. salam...perasan cinta itu haruslah di luahkan terima atau x kita terpulang pd individu itu..

    luahan itu x akan merugikan sesiapa pun jika ada jodoh alhamdullilah jika x berserah jer...:)

    BalasPadam
  12. Betul lah! susah tau...
    Tak leh bayangkan klu org yg kita syg dan spend masa btahun2, kawin pulak dgn org lain.

    Meraunngggg :'(

    BalasPadam
  13. cinta pertama...mgkin sukar la nk dilupakan..tapi aku tak pasti la aku dah rasa ke belum...
    kena berani meluahkan perasaan ye...bgus moga orang yang sedang mengalami cinta pertama dapat merasa nikmatnya...

    BalasPadam
  14. stuju dgn nurul hanis...kene reject...huargggh

    BalasPadam
  15. nurzakia-reject..trima kenyataan seadanya.

    BalasPadam
  16. cinta pertama ni memang bisa.. bayak rutin harian aku tergangu.. tapi aku takut nak luahkan mcm mane ni..tolong le aku ni x pernah aku rasa mcm ni seumur hidup aku..

    BalasPadam
  17. tanpa nama:-jgn malu jgn takut luahkan sajer.Sekurangnya anda tahu dan dia tahu anda sukerkan nya.satu kepuasan diri bila anda luahkan perasaan.cari masa yg sesuai.

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik